Mcllroy juarai jelajah USPGA

Mcllroy juarai jelajah USPGA

WASHINGTON, 26 Sept – Rory McIlroy membenam birdie pada jarak empat meter pada lubang keempat pertembungan playoff sekali gus menjuarai kejohanan akhir musim Kejohanan Jelajah USPGA dan merangkul bonus AS$10 juta hadiah sebagai kemenangan Piala FedEx.

Pemain kelahiran Ireland Utara itu mengetepikan cabaran dua pemain Amerika Syarikat (AS), Ryan Moore dan Kevin Chappell yang turut bersaing pada aksi empat lubang playoff itu.

Selaku pemenang, McIlroy sudah memenangi AS$1.53 juta sebagai hadiah menjuarai kejohanan dengan jumlah hadiah keseluruhan yang dibawa pulang ialah AS$11.53 juta.

Rory Mcllroy ketika menjulang kejohanan itu. – AP
Rory Mcllroy ketika menjulang kejohanan itu. – AP

Pemain nombor dua dunia, Dustin Johnson menamatkan kejohanan terikat di tangga keenam namun dia masih boleh menebus bonus andai Moore atau Chappell memenangi kejohanan.

Chappell begitupun tersingkir pada lubang pertama aksi playoff.

Ketiga-tiga mereka terpaksa beraksi dalam saingan playoff selepas terikat 12 bawah par 268 berakhir pusingan terakhir. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA