Mcllroy kejar gelaran Claret Jug

Mcllroy kejar gelaran Claret Jug

TROON, United Kingdom, 13 Julai – Cabaran bahaya dan tidak diketahui menanti apabila Terbuka Britain kembali ke Royal Troon minggu ini dan Rory McIlroy kembali memburu Claret Jug.

McIlroy yang mendahului banyak nama-nama terbesar dalam sukan ini yang telah menarik diri dari keadaan berkontroversi dari Olimpik Rio bulan hadapan, berusaha untuk memenangi kemenangan besar kelimanya dan Terbuka kali kedua selepas kejayaannya di Hoylake pada tahun 2014.

Dua belas bulan lalu McIlroy tidak beraksi di St Andrews selepas mengalami kecederaan lutut ketika bermain bola sepak tetapi dia akan beraksi pagi esok dalam kumpulan sama dengan Bubba Watson dan Hideki Matsuyama dari Jepun.

“Saya seronok dapat kembali beraksi di padang golf yang saya tidak beraksi di situ sebelumnya,” kata pemain nombor pilihan keempat dunia dari Utara Ireland itu memberitahu para pemberita semalam.

“Saya benar-benar tidak mempunyai pengalaman di sini di Troon, dan saya telah meninjaunya minggu lalu, dan saya hanya bermain 18 lubang pagi ini.”

Aksi McIlroy semasa mengadakan sesi latihan menjelang Kejohanan Golf Terbuka British di Kelab Golf Royal Troon di Troon, Scotland, semalam. Terbuka British akan bermula hari ini. – AP
Aksi McIlroy semasa mengadakan sesi latihan menjelang Kejohanan Golf Terbuka British di Kelab Golf Royal Troon di Troon, Scotland, semalam. Terbuka British akan bermula hari ini. – AP

Troon adalah tempat Tiger Woods kali pertama beraksi dalam Terbuka ini sebagai profesional dalam tahun 1997. Pemenang 14 kali itu tidak beraksi di padang ini tahun ini dan sebaliknya tumpuan adalah pada ‘empat pemain hebat’ iaitu McIlroy, Jordan Spieth, Jason Day dan pemenang Terbuka AS baru-baru ini Dustin Johnson.

Mereka semua telah menarik diri dari Sukan Rio di tengah kebimbangan tentang virus Zika yang begitu tersebar luas, de-ngan Spieth keluar pada saat-saat akhir Isnin lalu.

Pemain dari Texan yang berusia 22 tahun itu akan merasa lega untuk dapat menumpu pada Terbuka sekarang, selepas diajukan dengan banyak pertanyaan tentang Olimpik semalam.

Beliau menyasarkan Claret Jug dan gelaran kemenangan ketiga setelah memenangi Masters dan Terbuka AS tahun lalu.

“Ini adalah perlawanan yang sangat-sangat istimewa; semua orang mengetahui itu. – AFP