Mcllroy kembalikan rentak kejuaraan

Mcllroy kembalikan rentak kejuaraan

MIAMI, 22 Mac – Juara bertahan, Rory Mcllroy berazam untuk mendapatkan kembali rentak kemenangan pada Kejuaraan Golf Dunia Dell Match Play minggu ini, persediaan terakhirnya sebelum pertandingan Master bulan depan di Augusta.

Pemain dari Ireland Utara itu melalui rentak naik turun pada tahun ini, jatuh ke rangking tiga dunia selepas persembahan Jekyll dan Hyde pada pertandingan Arnold Palmer Invitational minggu lalu.

Pemain itu, 26, membuat pukulan 75-67-75-65 di Arnold Palmer, kedudukan mengecewakan di mana Mcllroy menyalahkannya kepada kesukaran mental dalam persaingannya yang menggerunkan.

“Kedudukan yang bagus ada di sana, saya hanya perlu untuk menghindarkan kedudukan yang sukar, kata Mcllroy. “Ia tidak kena mengena dengan saya secara teknikal. Ia lebih kepada mental.”

Bercakap selepas tiba di Texas bagi pertandingan minggu ini di Austin, Mcllroy berkata dia merasa cemas untuk mendapatkan kemenangan menjelang Masters.

“Ia adalah penting. Saya menyatakan sejak awal tahun, saya suka untuk memenangi pertandingan sebelum Augusta dan ini adalah peluang terakhir saya untuk melakukannya,” dia memberitahu wartawan.

“Dan menyaksikan pemain ini menang…semua orang berada dalam rentak yang bagus. Dan mereka adalah juara yang bagus, segelintir mereka adalah juara Masters.

“Semua orang beraksi dengan baik, dan ia adalah apa yang mahu anda lakukan. Anda mahu permainan itu bertukar menjadi rentak dan beraksi dengan yang terbaik bagi keupayaan anda pada tahun ini.”

Mcllroy melakarkan kemenangan menarik pada WGC Match Play tahun lepas apabila ia diadakan di San Francisco, dan percaya dia tidak jauh dari rentak terbaiknya ketika dia bersedia bagi persaingan di Austin Country Club yang diadakan minggu ini. – AFP