Mcllroy sasar lebih banyak gelaran selepas pembedahan

Mcllroy sasar lebih banyak gelaran selepas pembedahan

LONDON, 11 Dis (AFP) – Pemain golf nombor satu dunia Rory Mcllroy telah menjalani pembedahan laser bagi membetulkan penglihatannya apabila dia menetapkan untuk mendapat lebih banyak kejayaan tahun depan.

Pemain utara Ireland itu menyiarkan gambarnya di laman Instagram memakai kaca mata keselamatan dan berkata bahawa prosedur itu berjalan dengan lancar.

“Versi manusia terhadap kon k-9 anjing.. Hanya dipakai ketika tidur lah!” Mcllroy menyiarkan, merujuk kepada kon keselamatan yang dipakaikan kepada anjing-anjing.

“Pembedahan laser mata berjalan dengan lancar.”

Mcllroy, yang mempunyai empat gelaran utama pada namanya, sebelum ini bermain menggunakan kanta lekap, yang beliau pakai sejak berusia 11 tahun.

Beliau terlepas beberapa kejohanan pada musim ini selepas cedera pada ligamen buku lalinya ketika bermain bola sepak, namun menghabiskan musim ini dengan cemerlang apabila memenangi Kejohanan Jelajah Dunia DP bulan lepas dan mempertahankan perlumbaannya menjelang gelaran Dubai.