Mcllroy tarik diri dari Olimpik Rio

Mcllroy tarik diri dari Olimpik Rio

DUBLIN, 22 Jun (AP) – Rory Mcllroy mengesahkan bahawa dia tidak akan bertanding dalam kejohanan golf di Olimpik Rio de Janeiro disebabkan kebimbangan ke atas virus Zika.

Dalam satu keterangan yang dikeluarkan oleh syarikat pengurusannya hari ini, pemenang gelaran major empat kali itu berkata “Saya menyedari bahawa kesihatan saya dan keluarga saya didahulukan sebelum perkara lain.”

Dia menambah “meskipun risiko jangkitan Zika dianggap rendah, ia tetap satu risiko dan satu risiko yang tidak akan saya ambil.”

Mcllroy merupakan salah seorang bintang sukan berprofil tinggi untuk menarik diri dari Sukan Rio disebabkan Zika, virus bawaan nyamuk itu dikaitkan dengan kecacatan kelahiran dan kemungkinan masalah neurologi dalam kalangan dewasa.

Bintang golf Ireland Utara Rory Mcllroy membuat keputusan untuk tidak bertanding di Sukan Olimpik Rio. – AFP
Bintang golf Ireland Utara Rory Mcllroy membuat keputusan untuk tidak bertanding di Sukan Olimpik Rio. – AFP