Mcllroy terus pamer aksi hebat

Mcllroy terus pamer aksi hebat

MIAMI, 6 Mac (AFP) – Juara utama empat kali, Rory Mcllroy mencatatkan empat bawah par 68 semalam bagi mendahului tiga strok selepas pusingan ketiga Kejuaraan Golf Dunia, Cadillac Championship di Doral.

Pemain dari Ireland Utara itu, 26, yang berharap untuk melengkapkan kerjaya Grand Slam pada pertandingan Master bulan depan, terus kekal dengan 12 bawah 204 selepas 54 lubang di Blue Monster.

Adam Scott dari Australia, yang mendahului dua pukulan ke atas Mcllroy apabila pertandingan bermula, dan juara bertahan AS, Dustin Johnson berkongsi di tangga kedua dengan 207.

Juara Master dua kali, Bubba Watson, juara lima kali, Phil Mickelson dan Danny Willett dari England berkongsi di tangga keempat dengan 209.

Mcllroy pemain rangking ketiga, yang menamatkan dengan lapan par berturut–turut, memburu gelaran Jelajah PGA AS ke-12, yang pertamanya sejak Mei lalu di Quail Hollow, dan kejayaan kerjaya ke-20 seluruh dunia.

McIlroy ketika beraksi memukul pada lubang ke-13 pada pusingan ketiga Kejohanan Golf Dunia Cadillac-Championship di Doral. - AFP
McIlroy ketika beraksi memukul pada lubang ke-13 pada pusingan ketiga Kejohanan Golf Dunia Cadillac-Championship di Doral. – AFP

“Ia adalah bagus,’ kata Mcllroy. “Angin datang dari arah yang berbeza jadi ia menjadikan persaingan sedikit sukar. Saya beraksi dengan baik, tidak melakukan sebarang kesilapan. Saya merasakan bagus mengenainya. Saya akan melakukan yang sama lagi esok.”

Johnson pemain kelapan, 31, memburu kerjaya gelaran Jelajah PGA AS ke-10 dan yang pertama sejak tahun lepas di Doral.

Scott rangking kesembilan, 35, memburu kerjaya ke-13 bagi gelaran PGA AS dan kedua dalam masa beberapa minggu selepas kejayaan Honda Classic pada hujung minggu lalu menamatkan kemarau selama 21 bulan bagi juara Master 2013 itu.

Mcllroy mencatatkan birdie par 5 pada lubang pembukaan, mencatatkan pukulan ketiga dari bunker kepada empat kaki dari lubang untuk melakukannya.

Beliau menghasilkan birdie putt tujuh kali dilubang ke lima dan keluar dari bunker kepada tiga kaki dengan pukulan ketiganya pada par 5 lubang ke papan untuk menghasilkan satu lagi birdie.

ARTIKEL YANG SAMA