Mcllroy tidak menyesal tidak sertai Rio

Mcllroy tidak menyesal tidak sertai Rio

SAINT-QUENTIN-ENYVLINES, Perancis, 30 Jun (AP) – Rory McIlroy tidak kesal dengan keputusan untuk tidak pergi ke Olimpik Rio de Janeiro kerana kebimbangan terhadap virus Zika, yang berkata dia dan pemain golf lain tidak mempertimbangkan pertandingan golf Olimpik sebagai “kemuncak” dari sukan mereka berbanding beraksi dalam pertandingan utama.

“Kami mengimpikan memenangi Claret Jugs dan kami mengimpikan untuk memenangi jaket hijau,” kata pemenang empat kali itu semalam. “Sama ada ia menjadikan golf tersisih dalam apa juga cara….ia adalah bagaimana kedudukannya.”

Minggu lalu, McIlroy menjadi salah seorang bintang sukan berprofil tinggi untuk tidak beraksi dalam Sukan Rio.

Pemain dari Ireland Utara itu bulan ini berkata bahawa dia dan tunangnya, Erica Stoll mungkin mempertimbangkan untuk berkeluarga dalam masa beberapa tahun. Zika adalah virus bawaan nyamuk yang dikaitkan kepada kecacatan kelahiran dan kemungkinan masalah neurologi terhadap orang dewasa.

“Saya telah berkata kepada orang ramai, saya mempunyai empat Sukan Olimpik (kejohanan utama) dalam setahun,” kata McIlroy menjelang pertandingan Terbuka Perancis berhampiran Paris. “Ia adalah kemuncak saya. Ia adalah apa yang saya perjuangkan. Ia adalah apa yang saya ingati.”

Rory Mcllroy tidak melahirkan rasa kesal kerana tidak beraksi di Sukan Olimpik Rio. – AP
Rory Mcllroy tidak melahirkan rasa kesal kerana tidak beraksi di Sukan Olimpik Rio. – AP

Pemain golf lain menarik diri dari Rio yang berada di kedudukan teratas adalah, Jason Day dan pemenang tangga kedua Terbuka AS, Shane Lowry, bekas juara Terbuka AS, Graeme McDowell; dua pemain dari Austalia, Marc Leihsman dan Adam Sott; Branden Grace dari Afrika Selatan, Louis Oosthuizwn dan Charl Schwartzel; dan Vijay Singh dari Fiji.

“Sebahagian orang menyatakan ia adalah lebih baik untuk menghantar pemain amatur di sana, tetapi keseluruhan alasan bahawa golf berada dalam sukan Olimpik adalah kerana mereka mahukan pemain terbaik,” kata McIlroy.

“Tetapi malangnya dengan di mana kedudukannya pada tahun ini, orang ramai tidak selesa untuk berada di sana dan meletakkan diri mereka atau keluarga mereka berisiko.”

McIlroy menambah bahawa “Jika Sukan Olimpik berada di kebanyakan bandar raya lain…anda tidak akan dapat mencari ramai orang tidak mahu pergi.”

Penunggang basikal dari AS, Tejay van Garderen adalah seorang lagi ahli sukan untuk memetik Zika sebagai alasan di sebalik menentang Rio. Bintang bola keranjang, Stephen Curry menarik diri dari sukan itu, tidak menyatakan memetik Zika tetapi menyatakannya “faktor lain” memainkan peranan dalam keputusan tersebut.