MDS dinaik taraf jadi MPKS

MDS dinaik taraf jadi MPKS

KOTA SAMARAHAN, 22 Sept – Majlis Daerah Samarahan (MDS) akan dinaik taraf dan dikenali sebagai Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) mulai 11 Nov ini.

Pengerusinya Datuk Peter Minos berkata Samarahan memenuhi semua kriteria, dengan penduduk berjumlah hampir 200,000 orang dan berkembang pada kadar yang lebih pantas, 6 peratus setahun.

“Selain itu, Samarahan menempatkan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), University Teknologi Mara (UiTM), Institut Tabiran Awam Negara (Intan), Institut Pendidikan Guru (IPG) Tun Abdul Razak, Hospital Jantung Sarawak dan institut latihan industri.

“Ini adalah sebab utama kenapa kerajaan negeri dan persekutuan pusat meluluskan MDS dinaik taraf kepada majlis perbandaran berkuat kuasa 11 Nov tahun ini,” Minos memberitahu Bernama di sini hari ini. – Bernama