Meadow dahului Terbuka Wanita Canadian Pacific

Meadow dahului Terbuka Wanita Canadian Pacific

LOS ANGELES, 26 Ogos – Stephanie Meadow dari Ireland Utara mencatatkan enam bawah par 66 untuk mendahului kedudukan dalam pertandingan Terbuka Wanita Canadian Pacific yang terjejas dengan keadaan cuaca yang tidak menentu semalam. Meadow, 24, mencatatkan tujuh birdie dan satu bogey untuk menguasai cabaran di padang par 72 di Priddis Greens Golf and Country Club, Calgary.

Pemain dari Ireland Utara itu tiba di Alberta setelah mewakili negaranya di Olimpik Rio, di mana sukan Golf kembali ke Sukan itu selepas 112 tahun tidak dimasukkan. Meadow berkata dia masih lagi bersemangat selepas menamatkan pertandingan di kedudukan ke 31 di Rio.

‘Saya rasa Rio adalah adrenalin terbesar bagi semua orang yang ada di sana,’ katanya.

‘Saya tahu semua kita mengalami pengalaman yang luar biasa. Saya bermain dengan bagus pada pusingan kedua di sana. Saya rasa saya mendapatkan beberapa keyakinan dan meneruskannya minggu ini.”

Meadow memburu kemenangan LPGA pertamanya sejak bertukar menjadi professional pada 2014. Dia bermain satu dari empat pertandingan LPGA utama tahun ini, kehilangan cut di ANA Inspiration.

Dia dilihat menghadapi cabaran sengit menuju ke hujung minggu, dengan pemain nombor satu dunia dari New Zealand, Lydia Ko ketinggalan satu pukulan dengan mencatatkan lima bawah. Ko bermula dengan perlahan, melepaskan satu pukulan dengan bogey di lubang ketiga sebelum mencatatkan enam birdie dalam baki pusingannya untuk terus kekal dengan jarak itu. – AFP