Medan bincang pelbagai isu keIslaman

Medan bincang pelbagai isu keIslaman

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Ogos – Kolokium Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA)- Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) antara pengisian Program Makmal Sosio-Akademik ISDEV-UNISSA Pertama, yang melibatkan penyertaan siswazah lepas ijazah daripada kedua-dua buah institusi ini, yang berlangsung di Auditorium UNISSA, Gadong, di sini, kelmarin.

Sebanyak 19 kertas kerja dibentangkan dalam acara berkenaan, iaitu sembilan daripada siswazah UNISSA dan selebihnya siswazah ISDEV Universiti Sains Malaysia (USM).

Kolokium UNISSA-ISDEV merupakan medan diskusi yang merangkumi isu-isu berkaitan syariah, kajian Al-Quran dan Al-Sunah, isu Islam kontemporari, Bahasa Arab dan Tamadun Islam serta akidah dan pemikiran Islam.

Gambar ramai peserta kolokium UNISSA-ISDEV.
Gambar ramai peserta kolokium UNISSA-ISDEV.

Objektifnya adalah untuk menjalin hubungan strategik dan perkongsian pintar antara UNISSA dan ISDEV-USM, di samping membudayakan aktiviti penyelidikan di UNISSA dalam usaha melahirkan graduan pengajian Islam yang berilmu pengetahuan, kompetensi dan berdaya saing dalam memenuhi keperluan masyarakat.

Kolokium ini merupakan kendalian Pusat Pengajian Lepas Ijazah, UNISSA buat kali ke-2, yang mana sebelumnya telah berkolaborasi dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada April lalu dan kali ini merupakan kolaborasi pertama dengan USM.

ARTIKEL YANG SAMA