Media bantu banteras jenayah

Media bantu banteras jenayah

LABUAN, 20 Ogos – Ketua Polis Labuan Supt Adzhar Othman mengiktiraf peranan media dalam membantu polis membanteras jenayah.

Pada majlis perhimpunan polis-media di sini hari ini bersempena tiga tahun perkhidmatannya di Labuan, Adzhar menyampaikan sijil penghargaan kepada beberapa pemberita.

Mereka ialah wakil daripada Radio Television Malaysia (RTM) Labuan, New Sabah Times, Daily Express, Borneo Post, Sea Hua Daily News, Oversea Chinese Daily News dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).

Bercakap kepada pemberita pada majlis itu, Adzhar berkata media telah memainkan peranan bernilai dalam membantu menyelesaikan isu-isu berkaitan jenayah di pulau ini dari segi penyebaran maklumat.

Interaksi antara polis dan pengamal media akan membantu mereka untuk lebih faham tentang konsep isu kepolisan komuniti dan penguatkuasaan undang-undang kepada masyarakat, katanya.

“Sepanjang tiga tahun saya berkhidmat di Labuan merupakan tempoh yang amat mencabar tetapi juga mengujakan dan menarik. – Bernama