Media China bidas AS

Media China bidas AS

BEIJING, 24 Mei (AFP) – Media China hari ini membidas penarikan balik sekatan senjata AS ke atas Vietnam yang telah dikenakan berdekad-dekad lamanya, dengan mengatakan langkah itu ditujukan kepada Beijing dan mengatakan jaminan Barack Obama “dusta yang teruk”.

Obama mengumumkan penamatan tegahan 41 tahun ke atas bekas seteru AS di Hanoi semalam, ketika Washington dan Beijing berebut-rebut menyebarkan pengaruh di Asia dan ketegangan meningkat di Laut China Selatan.

Beijing mengambil pendirian tegas dengan membina pulauan tiruan dengan kemudahan ketenteraan, manakala Washington memberi respons dengan “kebebasan pengemudian” pelayaran.

Beijing menuntut hampir keseluruhan laut itu, manakala beberapa jirannya membuat tuntutan termasuk Vietnam. Keputusan penjualan senjata “bukan berdasarkan China”, kata Obama, tetapi sebahagian usaha memulihkan hubungan dengan bekas musuh.

Akhbar Global Times, China yang rapat dengan Parti Komunis, hari ini menempelak ulasan itu sebagai “dusta yang teruk” dan memburukkan pertentangan strategik antara Washington dan Beijing.

ARTIKEL YANG SAMA