Media China puji penggodam

Media China puji penggodam

BEIJING, 25 Mac (AFP) – Mengintip AS adalah perkhidmatan untuk China, media kerajaan melaporkan Rabu lalu, dengan memberikan pujian bagi seorang lelaki yang mengaku menggodam kontraktor pertahanan Amerika bagi pihak Beijing.

Warga China, Su Bin yang berusia 50 tahun, mengaku bersalah mencuri rahsia perdagangan pelbagai syarikat termasuklah rancangan untuk membawa kapal terbang dan jet-jet pejuang.

Dalam perjanjian akuan yang difailkan Rabu lalu, dia mengakui berkomplot bersama dua orang yang tidak didedahkan namanya di China untuk cuba mendapatkan rancangan pembelian jet-jet pejuang F-22 dan F-35 dan pesawat udara pengangkut C-17. Boeing, pengeluar kapal terbang Amerika adalah antara syarikat yang telah digodam.

Jika dia telah melakukan sedemikian, “kami bersedia menunjukkan penghargaan kami dan rasa hormat untuk khidmatnya kepada negara kami,” kata sebuah editorial akhbar nasionalistik Global Times yang mempunyai hubungan rapat dengan Parti Komunis yang memerintah.

“Di medan pertempuran rahsia tanpa serbuk letupan, China perlukan ejen-ejen khas untuk mengumpul rahsia dari AS,” tambahnya.

Tetapi ia juga mempersoalkan sama ada perjanjian akuan memperlihatkan kebenaran tentang perkara itu ketika AS telah memberkas ‘beberapa orang pengintip China’, kebanyakan mereka terbukti tidak bersalah.”

“Ketika ‘perang maklumat’ antara China dan AS berterusan,” katanya, ‘kemungkinan lebih ramai warga China dianiaya dengan dituduh sebagai pengintip.”

Washington dan Beijing berulang kali bertikai berhubung apa yang disifatkan oleh AS sebagai pengintipan siber berleluasa oleh kerajaan China ke atas industri AS. Tahun lalu, AS telah mendakwa lima orang pegawai tentera China atas tuduhan pengintipan siber.

Dalam tahun 1990-an, Wen Ho Lee, warga Amerika berketurunan Taiwan dituduh mengintip bagi kerajaan China, tetapi akhirnya mengaku bersalah hanya pada satu tuduhan kecil dalam kegagalan mengaibkan yang berakhir dengan permohonan maaf dari Presiden AS Bill Clinton.

ARTIKEL YANG SAMA