Media desak Dunga dipecat

Media desak Dunga dipecat

RIO DE JANEIRO, 14 Jun (AFP) – Penyokong Brazil masih meratapi penyingkiran Brazil dari Copa America Centenario, sekali gus menimbulkan persoalan terhadap masa depan jurulatih pasukan, Dunga (gambar).

‘Dunga Out’ (Dunga Keluar) menjadi tajuk utama akhbar popular di Brazil, O Dia selepas Brazil ditunjukkan jalan keluar oleh Peru apabila tewas 1-0 pada aksi peringkat kumpulan, semalam.

Selepas masalah kemelesetan ekonomi dan ketegangan politik, Brazil mencari cara terbaik untuk sekurang-kurangnya membantu melupakan kenangan pahit mereka apabila dibelasah oleh Jerman 7-1 pada aksi Piala Dunia 2014.

Namun O Dia menyifatkan kekalahan semalam sebagai satu lagi kekalahan mengaibkan. “Dunga berdepan risiko pemecatan,” kata akhbar terkemuka O Globo.

Pengendali Brazil itu menyeru peminatnya supaya bersabar dan menegaskan pasukannya kini dalam tempoh peralihan dengan dia juga tidak takut untuk dipecat. “Saya hanya takut kepada kematian,” kata Dunga kepada pemberita.

Brazil v Peru: Group B - Copa America Centenario

pg20_160615_CopaAmericaLogo

Copa America Centenario bertukar kontroversi pada Ahad selepas kesilapan pengadil mengakibatkan Brazil tersingkir dengan kekalahan 1-0 ke atas Peru dan terkeluar dari kejohanan.

Kekalahan itu meninggalkan Brazil bergelut untuk mencerna prestasi terburuk mereka dalam Copa America sejak 1987, kali terakhir juara dunia lima kali itu gagal melepasi peringkat kumpulan.

Brazil yang hanya memerlukan seri untuk layak ke suku akhir sebagai juara Kumpulan B, kelihatan berada di landasan tepat untuk mara ke fasa lapan terakhir dalam 15 minit terakhir menentang Peru.

Tetapi kemasukan jarang ke wilayah Brazil dari Peru berakhir dengan Raul Ruidiaz kelihatan menggunakan tangan menjaringkan hantaran silang Andy Polo.

Ruidiaz meraikan jaringan dan pengadil Uruguay Andres Cunha memberikan isyarat gol. Pemain Brazil yang berang memprotes dan mengerumuni Cunha untuk memujuk pegawai berkenaan menterbalikkan keputusannya.

ARTIKEL YANG SAMA