Media sosial masih medium utama IS rekrut anggota

Media sosial masih medium utama IS rekrut anggota

GEORGE TOWN, 24 Mei (Bernama) – Siasatan dan kajian polis mendapati media sosial masih menjadi medium utama kumpulan militan IS untuk merekrut anggota baharu kumpulan itu dan memperluaskan ideologi mereka.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay berkata kumpulan militan IS bijak menggunakan teknologi terkini terutama laman sosial Facebook biarpun cubaan menyekat kegiatan mereka giat dijalankan oleh pihak berkuasa.

Katanya sasaran mereka adalah orang muda yang mudah terpengaruh dan golongan yang paling ramai menggunakan media sosial ketika ini.

ARTIKEL YANG SAMA