MediLife perkenal produk penjagaan kesihatan

MediLife perkenal produk penjagaan kesihatan

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Jun – MediLife yang memperkenalkan produk penjagaan kesihatan dan kecantikan di bawah unit Medipharm Sdn Bhd, baru-baru ini, telah membuka kedai penjagaan peribadi sehentinya di tingkat bawah, bangunan baru Pusat Wanita dan Kanak-kanak, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS).

Hadir merasmikan kedai baru itu ialah Pegawai Tugas-Tugas Khas, Kementerian Kesihatan, Haji Mahrub bin Haji Murni, selaku tetamu kehormat.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Hospital RIPAS, Haji Mohd Jamal bin Haji Tersad, Pengarah Urusan MediLife, Pengiran Hajah Sharinah binti Pengiran Dato Shariffuddin dan Pengurus Besarnya, Alan Lim.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang kemudian diikuti dengan tinjauan tetamu kehormat ke premis berkenaan untuk melihat produk-produk yang dipamerkan.

Tetamu kehormat ketika meninjau produk-produk penjagaan kesihatan MediLife.
Tetamu kehormat ketika meninjau produk-produk penjagaan kesihatan MediLife.
Haji Mahrub ketika bergambar ramai bersama tetamu yang lain dan kakitangan MediLife.
Haji Mahrub ketika bergambar ramai bersama tetamu yang lain dan kakitangan MediLife.

Menurut kenyataan MediPharm yang diterima, di sini, Pengiran Hajah Sharinah mengatakan bahawa MediLife memahami kehendak dan keperluan pelanggan, dengan itu mereka telah menawarkan pelbagai jenama terkenal yang dipilih termasuk produk-produk organik yang diiktiraf oleh pengguna seluruh dunia.

Sementara itu, Pengurus Projek MediLife, Thomas Wan, juga menyatakan pelbagai aktiviti juga telah digariskan dengan kerjasama Hospital RIPAS termasuk pemeriksaan kesihatan percuma.

Kedai runcit berkenaan beroperasi setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 9 malam, dan untuk pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi MediLife di talian 222 2006.

ARTIKEL YANG SAMA