Mega Power juara tarik kalat

Mega Power juara tarik kalat

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 3 April – Pasukan Mega Power dari Daerah Tutong tampil juara setelah menewaskan Pasukan Chain Block ‘A’ dari Daerah Brunei dan Muara dalam Perlawanan Tarik Kalat Peringkat Akhir, pagi tadi.

Sementara itu, Pasukan Chain Block ‘B’ menduduki tempat ketiga setelah menewaskan pasukan Kementerian Pembangunan, sekali gus menempatkan mereka di tempat keempat.

Hadiah disampaikan oleh Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Haji Mohd ‘Abdoh bin Dato Seri Setia Haji Abdul Salam.

Perlawanan yang berlangsung di Kompleks Padang dan Balapan Pusat Latihan, Jabatan Penjara, Tutong itu diadakan bersempena Sambutan Penubuhan Jabatan Penjara yang ke-62 tahun.

Pasukan Mega Power dari Daerah Tutong, juara Pertandingan Tarik Kalat bergambar ramai bersama tetamu kehormat.
Pasukan Mega Power dari Daerah Tutong, juara Pertandingan Tarik Kalat bergambar ramai bersama tetamu kehormat.

Pada tahun ini, sebanyak tujuh pasukan telah menyertai perlawanan berkenaan yang terdiri daripada Pasukan Mega Power, Jabatan Penjara, Chain Block ‘A’, Chain Block ‘B’, Kementerian Pembangunan, Jabatan Imigresen dan KB Bull Brother.

Perlawanan Tarik Kalat pada tahun ini melibatkan lapan orang penarik dengan mengumpul berat 780 kg dalam setiap pasukan.

ARTIKEL YANG SAMA