MegaIIham pengedar produk Injap MVE

MegaIIham pengedar produk Injap MVE

Oleh Hjh Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 16 Ogos – Sebuah syarikat tempatan, Syarikat MegaIlham, telah dilantik sebagai ejen pengedar atau wakil jualan esklusif kepada Syarikat MVE Technologies Sdn Bhd dari Malaysia bagi produk Injap keluaran syarikat tersebut.

Sehubungan itu, Majlis Menandatangani Perjanjian Perniagaan antara Syarikat MegaIlham dan MVE Technologies Sdn Bhd telah diadakan pada bulan Julai lalu, sebagai perjanjian bersetuju melantik Syarikat MegaIlham menjadi ejen pengedar atau wakil jualan esklusif ke atas peralatan keperluan Industri Minyak dan Gas itu.

Pengarah Urusan, Syarikat MegaIlham, Awang Abd Aziz Haji Seri@Khusairi, memberitahu hari ini, syarikat mereka yang telah ditubuhkan pada 23 April 2013, akan menjadi ejen pengedar kepada produk keluaran MVE Technologies Malaysia, merupakan syarikat yang telah mendapat pengiktirifan piawaian spesifikasi ISO-9001, ISA-S75, ANSI B16.5, API6A dan lainnya.

Menurutnya, Injap yang dibuat di kilang MVE Technologies mempunyai mutu yang tinggi serta menyakinkan kepada pelanggan dan spesifikasinya telah diuji serta terbukti dapat mengatasi permasalan di fasalitas minyak dan gas samada di darat mahupun di pelantar luar pantai dan pembuatan injap di syarikat tersebut adalah yang pertama dan satu-satunya di dalam negara Asean.

“Injap atau ‘Valve’ keluaran syarikat itu, telahpun dipasarkan dan digunakan di beberapa buah syarikat termasuk syarikat terbesar di Malaysia, iaitu Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS) melalui syarikat sabsidinya Petronas Carigali Sdn Bhd,” katanya.

Awang Abd Aziz (kiri) semasa majlis menandatangani perjanjian bersama wakil dari Syarikat MVE Technologies Sdn Bhd Malaysia.
Awang Abd Aziz (kiri) semasa majlis menandatangani perjanjian bersama wakil dari Syarikat MVE Technologies Sdn Bhd Malaysia.
Pengarah Urusan Syarikat MegaIlham menunjukkan produk injap yang sangat diperlukan dalam industri minyak dan gas keluaran Syarikat MVE Technologies Sdn Bhd Malaysia.
Pengarah Urusan Syarikat MegaIlham menunjukkan produk injap yang sangat diperlukan dalam industri minyak dan gas keluaran Syarikat MVE Technologies Sdn Bhd Malaysia.

Beliau juga menjelaskan, keistimewaan injap tersebut dapat dibuat mengikut rekabentuk sebagaimana kehendak pelanggan, dengan mutu yang tinggi, harga yang berpatutan dan penghantaran yang cepat disebabkan Brunei berjiran dengan Malaysia.

“Dalam perancangan sejumlah sepuluh jenis valve akan dikeluarkan, dan ianya akan dikeluarkan secara berperingkat-peringkat, untuk permulaan dua jenis valve yang telah dihasilkan dan dikeluarkan kepada pelanggan iaitu  ‘Choke Valves’ dan ‘Control Valves’ dan akan direalisasikan pada bulan Disember tahun ini,” ujarnya lagi.

Selain membekalkan produk itu, Syarikat MegaIlham juga berurusan dalam hal membaiki, memulihara, dan sebagainya ke atas produk berkenaan.

Beliau berharap ianya akan menjadi titik tolak permulaan untuk apa juga peralatan dan keperluan industri minyak dan gas yang lebih canggih dan dihasilkan oleh salah satu negara ASEAN. Di samping, menjadikannya sebagai salah satu cabaran dan motivasi kepada kita sebagai warga Brunei untuk terus berusaha ke arah itu.

ARTIKEL YANG SAMA