Megastrike Bravo juara Cabaran Super Cooltones

Megastrike Bravo juara Cabaran Super Cooltones

Oleh Mohamad Asyramiyanie

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Jun – Pasukan Megastrike Bravo tampil juara dalam Cabaran Super Cooltones Trio anjuran Cooltones yang berlangsung baru-baru ini di iBowl Utama Bowling, Batu Satu, di sini.

Sebanyak 12 daripada 16 pasukan melangkah ke peringkat akhir kejohanan berkenaan dan menyaksikan Pasukan ST W tampil naib juara diikuti oleh Pasukan Megastrike Alpha di tempat ketiga dan All Star Strikers di tempat ketiga .

Menurut kenyataan iBowl, banyak promosi ditawarkan kepada seluruh warga negara ini di sepanjang Ramadan nanti selain juga mengadakan banyak lagi penganjuran dan kejohanan bagi memeriahkan lagi sukan boling Negara.

Pasukan Megastrike Bravo yang muncul juara cabaran tersebut.
Pasukan Megastrike Bravo yang muncul juara cabaran tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA