‘Mei Xiang’ lahirkan anak kembar

‘Mei Xiang’ lahirkan anak kembar

WASHINGTON, 23 Ogos (Reuters) – Panda besar Mei Xiang, tarikan utama pelancong di ibu negara Amerika Syarikat, telah melahirkan sepasang anak panda beberapa jam jaraknya semalam, menurut Zoo Negara.

Mei Xiang telah melahirkan anak pertamanya pada pukul 5:43 petang selepas tetubannya pecat kira-kira sejam sebelumnya, menurut pegawai–pegawai zoo. Kira-kira empat jam setengah kemudian pada pukul 10:07 malam, anak kedua lahir dan nampak sihat, menurut zoo itu.

“Kami semua merasa seronok Mei Xiang telah melahirkan,” kata pengarah zoo Dennis Kelly dalam satu kenyataan ekoran kelahiran pertama itu. “Anak panda mudah terdedah pada bahaya pada ketika saiznya yang kecil ini tetapi kami tahu Mei adalah ibu yang sangat baik,” tambahnya.

Kelly memberitahu sidang akhbar kemudian, bahawa para pegawai zoo sangat berhati-hati dan “berdoa” selepas zoo itu kehilangan anak panda berusia enam hari dalam tahun 2012.

“Ini masih masa yang sangat mudah terjejas bagi anak panda ini,” katanya tentang kelahiran anak panda pertama, yang menurut ketua veterinar Don Neiffer menunjukkan tanda-tanda sihat, termasuklah bersuara.
Para pegawai zoo Mei Xiang mengangkat anaknya tidak lama selepas melahirkan dan menjadi ibu yang hebat.”

Sebelum kelahiran kedua, Neiffer berkata kakitangan zoo akan meninggalkan ibu dan anaknya sendirian selama mungkin melainkan ada tanda-tanda masalah.

“Kami mengambil pendekatan tidak campur tangan,” katanya. “Saya begitu suka ibu dan anaknya bersama-sama,” katanya lagi.

Selepas kelahiran kedua yang mengejutkan itu, seekor anak panda telah diletakkan dalam inkubator sejajar dengan protokol apabila kembar dilahirkan.

Sebelumnya Mei Xiang telah melahirkan dua anak panda yang terus hidup kini: Tai Shan pada tahun 2005 dan Bao Bao pada tahun 2013.

Mei Xiang tidak semula jadi diinseminasikan pada 26 dan 27 April dengan sperma yang disejukkan dari Hui Hui, seekor panda di China, dan sperma baru dari Tian Tian, Zoo Negara, menurutnya.

ARTIKEL YANG SAMA