Mekanik didenda $1,500, ambil dadah

Mekanik didenda $1,500, ambil dadah

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Nov – Akibat terpengaruh oleh rakan-rakan, seorang lelaki Malaysia dijatuhi denda $1,500 oleh Mahkamah Majistret, hari ini, atas kesalahan mengambil dadah.

Prabakoran A/L Ramaru, 34, berdepan pertuduhan mengambil dadah kelas A, Methylamphetamine pada 23 Mac 2015.

Fakta kes menyebut, defendan yang bekerja sebagai mekanik ditahan oleh anggota perisikan Biro Kawalan Narkotik di kediamannya di Jalan Menglait.

pg06_151124__mahkamah logo2

Pemeriksaan badan yang dilakukan ke atas defendan tidak menemui sebarang peralatan berkaitan dadah namun dia mengaku mengambil syabu sehari sebelumnya.

Sampel air kencing yang diambil daripada defendan setelah dianalisis, didapati positif dadah.

Pemangku Majistret Kanan, Azrimah binti Haji Abdul Rahman memberi tempoh tiga bulan kepada defendan untuk membayar denda, dan jika gagal berdepan tiga bulan penjara.

ARTIKEL YANG SAMA