Melahirkan guru, tugas agung

Melahirkan guru, tugas agung

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Sept – Nasihat yang baik harganya adalah agama sebagaimana Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda bahawa agama itu adalah nasihat.

Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned berkata, nasihat itu bermakna ajaran, bimbingan, peringatan, dan tunjuk ajar yang baik. Sementara nasihat dan agama itu tujuannya adalah untuk dipakai, mesti dipakai dan jika tidak dipakai nasihat dan agama itu tidak bermakna.

Ketika menyampaikan ‘Nasihat Kepimpinan’ pada Kursus Intensif Kepimpinan Pentadbiran KUPU SB 1436H/2015M yang berlangsung di Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) hari ini, Yang Berhormat Pehin berkata, tujuan atau peranan KUPU SB ialah menghasilkan guru, mengasuh dan membina manusia untuk menjadi guru yang paling luhur.

Sehubungan itu, katanya, tugas melahirkan guru adalah tugas yang besar, tugas agung, tugas yang mulia, kerana tanpa guru orang tidak tahu hendak ke mana. Allah Subhanahu Wata’ala mengutuskan guru iaitu Nabi kita Sayyidina Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam untuk menjadi ketua sekalian guru.

“Sangat perlu diambil ingatan bahawa guru kita satu-satunya ialah Nabi, tidak kira siapa pun kita, guru biasakah atau Insya Allah guru yang berpangkat doktor atau profesor, namun semua itu perlu ikut Nabi, mesti pakai cara dan kaedah Nabi kerana inilah yang terbaik,” tegas Yang Berhormat Pehin.

Mufti Kerajaan semasa menyampaikan ceramahnya.
Mufti Kerajaan semasa menyampaikan ceramahnya.

pg03_150923_b

Menurut beliau, KUPU SB adalah tempat belajar dan tempat membina ilmu pendidikan, namun bukan pendidikan biasa tetapi pendidikan yang berlatarkan Usuluddin dan Syari’ah.

Selaku institusi pendidikan agama, KUPU SB adalah wajar bagi semua aktivi-tinya dikaitkan dengan etika Islam, tulen, bersandarkan Usuluddin dan Syari’ah.

Di pusat ini, tegas Yang Berhormat Pehin, kita mengharapkan kajian-kajian yang bagus termasuk daripada segi tajuk, isi dan segalanya dengan menggunakan metode yang betul, tidak bercanggah dengan Syarak walaupun dalam sekecil-kecil perkara.

Beliau menyeru agar metode ini ja-ngan dilangkahi kerana jika dilangkahi akan mengurangkan mutu.

Selain itu juga, jelas Yang Berhormat Pehin, KUPU SB merupakan sebuah pusat yang 100 peratus berorientasikan pendidikan Islam atau perguruan Islam.

Sehubungan dengan itu, mana-mana tesis yang akan dan telah ditulis oleh mahasiswa dan mahasiswi KUPUSB haruslah dihasilkan mengikut padat keislamannya.

Yang Berhormat Pehin mengambil contoh dalam penulisan beberapa tesis fakulti pendidikan KUPU SB yang di dalamnya banyak mendedahkan fikrah dan pola pemikiran ala Barat bukannya Islam, di samping menampakkan pengabaian rujukan-rujukan keislaman.

“Ini dibuktikan dengan sekian banyak tesis-tesis itu merujuk kepada pandangan-pandangan Barat, bukannya Islam,” ujar beliau.

Secara terperinci, tegasnya lagi bahagian rujukan (kepustakaan) didapati buku-buku rujukan sangat banyak yang bukan dikarang oleh orang Islam.

Di dalam sebuah tesis yang telah dibaca, katanya tidak didapati walau satu pun rujukan dari kitab-kitab Turats, padahal di antara kitab-kitab Turats banyak yang boleh dijadikan rujukan, yang mengan-dungi begitu banyak persoalan tentang pendidikan, misalnya Ihya Ulumuddin dan kitab-kitab hadis.

“Soalnya, mana buku-buku Turats agama yang bertimbun-timbun? Ini adalah Kolej Universiti Perguruan Agama, minda dan kajiannya perlu keagamaan, berinti patikan agama, menuju betul-betul kepada pendidikan agama tulen, bermotifkan agama, falsafahnya agama, motivasinya berasaskan agama, bukan longgokkan teori-teori dan pandangan-pandangan di luar agama,” tegas Yang Berhormat Pehin.

Manakala menurut Timbalan Ra’es KUPU SB, Dr. Haji Adanan bin Haji Basar dalam ucapannya berharap agar kursus ini akan dapat memupuk para peserta kursus untuk menjadi seorang pemimpin yang baik di masa akan datang.

Kursus tersebut yang bermula hari ini hingga 29 September dikhususkan kepada timbalan ra’es, penolong ra’es, pendaftar, dekan-dekan, pengarah-pengarah dan timbalan-timbalan dekan di KUPU SB, bertujuan melahirkan kader yang boleh dijadikan pemimpin universiti bagi memenuhi keperluan dengan pendalaman ilmu, pemantapan sahsiah dan peningkatan kemahiran dalam kepimpinan, pentadbiran dan pengurusan.

ARTIKEL YANG SAMA