Melatih murid cintakan Al-Quran

Melatih murid cintakan Al-Quran

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Jun – Bulan Ramadan menjadi titik permulaan kepada langkah mendidik dan melatih murid untuk terus mendekati dan memahami isi kandungan dalam Al-Quran.

Untuk itu, lapan murid sekolah dan guru-guru serta kakitangan Sekolah Rendah Batu Marang baru-baru ini khatam Al-Quran dan diraikan dalam Majlis khatam Al-Quran yang berlangsung di Masjid Batu Marang.

Hadir pada majlis itu ialah Guru Besar sekolah berkenaan, Dayang Harifah Khalijah binti Mohammad.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Awang Sufri bin Haji Mohd Ali diikuti bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh para peserta dan diteruskan dengan bacaan Takhtim dan Doa Khatam.

Gambar ramai para peserta khatam sekolah berkenaan.
Gambar ramai para peserta khatam sekolah berkenaan.

Majlis juga diselajurkan dengan penyampaian derma kepada tiga orang ibu tunggal yang anak-anak mereka bersekolah di sekolah berkenaan.

Majlis Khatam Al-Quran ini antara lain bertujuan untuk meneruskan konsep dan budaya cintakan Al-Quran dalam kalangan generasi muda.

ARTIKEL YANG SAMA