Melawat sambil belajar ke JDT

Melawat sambil belajar ke JDT

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 3 Mei – Seramai 25 orang terdiri daripada pelajar dan guru-guru Sekolah Menengah Tanjong Maya, Tutong telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Jabatan Daerah Tutong (JDT), baru-baru ini, sebagai rancangan tahunan sekolah dan meluaskan lagi pengetahuan para pelajar mengenai fungsi dan peranan jabatan berkenaan.

Rombongan yang diketuai Ketua Jabatan BTEC, Hajah Eda Zahrina telah dialu-alukan oleh Pegawai Tugas-tugas Khas di JDT, Dayang Siti Joriahati binti Johari selaku Ketua Bahagian Korporat JDT.

Dalam lawatan itu, rombongan mendengar taklimat ringkas mengenai fungsi dan peranan JDT yang berkonsepkan ‘Membangun Bersama Masyarakat’ dan turut dibawa meninjau Galeri 1K1P (Satu Kampung Satu Produk) Daerah Tutong bagi menyaksikan dan mengetahui dengan lebih dekat lagi pameran dan jualan produk-produk kampung yang dihasilkan oleh ahli majlis perundingan mukim dan kampung Daerah Tutong.

Rombongan bergambar ramai sebagai tanda kenangan semasa lawatan ke JDT.
Rombongan bergambar ramai sebagai tanda kenangan semasa lawatan ke JDT.

Semasa di galeri tersebut, para pelajar juga berkesempatan mendengar penjelasan mengenai aktiviti perekonomian penduduk Daerah Tutong dan fungsi Galeri 1K1P yang sering dikunjungi oleh para pengunjung tempatan dan luar negara.

Turut hadir mengalu-alukan rombongan sekolah ialah pegawai-pegawai dan kakitangan Bahagian Korporat JDT dan ahli Lembaga Badan Penyelaras dan Promosi Pelancongan Daerah Tutong.

ARTIKEL YANG SAMA