5 dihukum penjara buru haiwan liar di China

5 dihukum penjara buru haiwan liar di China

XINING, 20 Sept – Lima suspek dijatuhkan hukuman penjara antara tujuh hingga sembilan tahun selepas didapati bersalah memburu haiwan liar di barat laut China Wilayah Gansu, menurut mahkamah tempatan, hari ini.

Menurut mahkamah rakyat Daerah Qilian, lima suspek terlibat dalam memburu tiga ekor anak harimau salji dan pembunuhan seekor harimau salji, tiga ayam sabung salji dan dua ekor kambing biru di kawasan sempadan Daerah Qilian di Qinghai dan Daerah Sunan, Wilayah Gansu pada tahun 2014.

Harimau bintang salji merupakan haiwan yang dilindungi kelas pertama dan dua yang lainnya adalah haiwan yang dilindungi kelas kedua.

Selain daripada hukuman penjara, setiap seorang daripada mereka disabitkan perlu membayar denda sehingga 10,000 yuan (AS$1,499.5). Semua peralatan memburu mereka dan keuntungan haram juga telah dirampas. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA