Melbourne raih hak anjur F1 sehingga 2023

Melbourne raih hak anjur F1 sehingga 2023

MELBOURNE, 13 Sept (Reuters) – Melbourne telah memperoleh hak penganjuran perlumbaan Grand Prix Formula Satu Australia sehingga tahun 2023, umum kerajaan negeri Victoria hari ini.

Melbourne pada tahun lalu menandatangani satu perjanjian untuk terus menganjur perlumbaan sehingga tahun 2020 dan Perdana Menteri Victoria Daniel Andrews berkata kerajaan negeri telah bersetuju dengan pelanjutan tiga tahun sehingga 2023.

“Tidak ada apa-apa yang dapat dibandingkan dengan Grand Prix Australia di Melbourne dan kesibukan yang wujud bersamanya di negeri kami,” kata Andrew dalam satu kenyataan.

Melbourne telah menganjur Grand Prix Australia sejak 1996, apabila perlumbaan ditukar dari Adelaide tetapi ia telah menjadi satu isu politik selepas mengalami kerugian kewangan bertahun-tahun lamanya, di subsidi oleh pembayar cukai.

Litar Grand Prix F1 Melbourne yang memperoleh hak penganjuran sehingga 2023.
Litar Grand Prix F1 Melbourne yang memperoleh hak penganjuran sehingga 2023.

Pengelola Formula Satu Bernie Ecclestone sebelum ini mencadangkan perlumbaan adalah salah satu yang paling tidak berdaya mahu dalam kalendar sukan disebabkan perbezaan masa dengan pasaran televisyen Eropah.

Meskipun mencatat kerugian di tengah kos meningkat dan pendapatan merosot, Melbourne telah mengekal kedudukannya sebagai perlumbaan pembukaan di kalendar.

“Kami berasa amat gembira untuk melanjutkan hubungan kami dengan Melbourne,” Ecclestone dipetik sebagai berkata dalam kenyataan.