Melestarikan warisan tenunan Kediri

SEBAGAI sebuah kerajaan tertua sekali di tanah Jawa, wilayah Kediri telah meninggalkan warisan tenun ikat (kain tenun tangan) yang mana pada hari ini telah banyak dipraktikkan di rumah-rumah kediaman terutama di kawasan Bandar Kidul.

Bukti mengenai fizik bentuk Kediri terjaga secara meluas, termasuk enam buah mesin tenun ikat dari tahun 1910 yang telah disimpan di Muzium Tropen di Belanda. Walau bagaimanapun, himpunan cerita sastera mengenai asal-usul dan sejarah kain tradisional itu sangat sukar untuk dicari.

Beberapa catatan rekod menunjukkan bahawa perniagaan tenun ikat berskala besar telah dipelopori oleh warganegara China yang bernama Freddy Jie, yang mana telah berkembang pesat pada tahun 1950-an dengan kira-kira 200 alat tenun-tenunan dan juga pakar-pakar dalam kraf tangan itu. Pada waktu itu, perniagaan Freddy hanya menghasilkan sarung tenun dengan beberapa motif yang sangat mudah dan senang.

Kemelut politik pada tahun 1965 telah sedikit sebanyak menjejaskan perniagaan Freddy dan terpaksa ditutup.

Satu polisi telah diperuntukkan untuk mengimport mesin tenunan moden yang diterima pakai oleh rejim Orde terus memburukkan lagi pengeluaran fabrik tradisional khususnya di kawasan itu sehinggalah kebangkitan kraf tangan tenun ikat ini secara beransur-ansur dipraktikkan pada pertengahan tahun 1990-an.

Satu helai kain tenunan dibuat melalui 14 peringkat yang sangat rumit dan kesemua proses dilakukan dengan cara tradisional.
Siti membenarkan para pekerjanya untuk bekerja dan menghasilkan kain tenunan itu di rumah mereka.

Siti Ruqoyah dan suaminya, Munawar yang mana pasangan ini tinggal di Bandar Kidul, Kediri, Jawa Timur adalah antara sebuah keluarga yang telah banyak membantu menghidupkan semua bentuk seni tradisional ini daripada terus tenggelam ditelan zaman dan arus moden.

Pasangan suami isteri ini turut memiliki jenama mereka sendiri, Medali MS telah memulakan perniagaan mereka pada tahun 1989 dengan hanya menghasilkan satu kain tenun ikat secara manual dan pada hari ini, mereka telah berjaya mengendalikan sekitar 60 mesin tenun dan telah mengambil sebanyak 98 orang pekerja.

“Selain bekerja keras, inovasi dan cuba mencipta corak baru merupakan elemen yang penting dalam proses pengeluaran tenun ikat tradisional,” kata Siti kepada wartawan The Jakarta Post.

Tiga jenis bentuk corak

Tenunan kain Kediri terkenal dengan beberapa unsur motif seperti corak ceplok (bentuk bulat), salur (bentuk lurus), bentuk yang mirip dengan lurik Yogyakarta dan corak pergunungan (gunung). “Lazimnya, kain tenunan tangan ini bermotifkan corak tradisional dan merangkumi sekitar 20 peratus daripada jumlah pengeluaran kami,” tambah Siti lagi.

Walaupun proses yang kompleks dan panjang untuk membuat satu kain tenun ikat Kediri namun jualan tetap berjalan dengan lancar. “Kami terpaksa mengambi lebih banyak pekerja untuk memenuhi permintaan orang ramai yang semakin tinggi,” kata Siti.

“Kebanyakan kain tenun ikat kami akan dijual ke Jakarta dan beberapa wilayah lain di luar tanah Jawa. Kami juga cuba memperkenalkan kain tradisional Kediri ini kepada orang ramai di Jakarta Fashion Week beberapa bulan yang lalu,” kata Siti lagi.

Permintaan terhadap satu kain tenun biasanya sangat tinggi khususnya ketika bulan Ramadan.

Perusahaan Siti lazimnya akan berjaya menghasilkan sekitar 60 helai kain tersebut sama ada ia menggunakan kain sutera ataupun tidak dan harga permulaan satu kain tenun itu ialah sekitar AS$12.

Selain menghasilkan kain tenun Kediri, Siti juga berpengalaman dalam menghasilkan kasut dan beg tangan dengan menggunakan kain tenunan tersebut.

Tenunan kain Kediri terkenal dengan beberapa unsur motif seperti corak ceplok (bentuk bulat), salur (bentuk lurus), bentuk yang mirip dengan lurik Yogyakarta dan corak pergunungan (gunung).

Kepercayaan kepada pekerja

Siti membenarkan para pekerjanya untuk bekerja dan menghasilkan kain tenunan itu di rumah mereka malah Siti juga pernah membeli kain-kain tenunan dari pengamal kain tersebut ketika permintaan yang sangat tinggi dan syarikatnya tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan itu.

Dengan melakukan perkara itu, membolehkan Siti untuk menjalankan kawalan kualiti ke atas produk-produk kraf tangannya. Satu helai kain tenunan dibuat melalui 14 peringkat yang sangat rumit dan kesemua proses dilakukan dengan cara tradisional.

“Setiap peringkat proses menghasilkan satu proses yang lain, oleh itu, saya sentiasa melakukan pengawasan yang sangat ketat terhadap pengurusan pekerja dan pengendalian bahan-bahan mentah,” tambah Siti kepada media.

Perniagaan kain tenunan juga membantu belia-belia muda untuk mendapatkan pekerjaan khususnya kaum lelaki walaupun kebanyakan pekerja tenunan ini adalah dalam kalangan kaum wanita.

Siti, ibu kepada dua orang anak ini berkata bahawa dia mahu melihat generasi muda untuk terus mengekalkan tradisi tenunan kain Kediri.

Walaupun terdapat banyak jualan, namun Siti tetap menerima kekangan dalam industri, termasuk tanah yang terhad untuk menampung operasi yang semakin besar dan pihak pentadbiran serantau yang tidak pernah menganjurkan pameran tradisi itu ke luar negara.

“Setakat ini, pemasaran asing produk tenunan kami hanya akan dilakukan melalui pembelian oleh pelancong asing sebagai hadiah dan penyerahan produk kepada ekspo asing,” tambah Siti lagi kepada media.

Datuk bandar Kediri, Abdullah Abu Bakar berkata bahawa terdapat pasaran asing untuk sarung tangan menggunakan kain tenunan itu terutama di Timur Tengah.

“Pengguna asing sangat suka dengan produk buatan tangan eksklusif namun masih terdapat beberapa kekurangan terutama dari segi bentuk kain disebabkan kos jahitan yang sangat tinggi,” tambah Abdullah kepada media.

“Saya telah cuba untuk melatih pekerja tempatan untuk membuat sedia kain tenunan itu, sekiranya permintaan bergerak maju, tanah akan disediakan, saya berjanji,” tambah Abdullah mengakhiri temu ramah bersama media.