‘Melor’ landa pantai timur Filipina

‘Melor’ landa pantai timur Filipina

MANILA, 13 Dis (AFP) – Ribut tropika yang kuat melanda Filipina hari ini, mengancam membawa ombak besar, banjir dan runtuhan tanah ke pantai timur negara, pegawai pertahanan awam mengingatkan.

Ahli kaji cuaca berkata Ribut Tropika Melor mungkin bertambah kuat menjadi taufan pada petang esok apabila ia dijangka melanda pulau tengah Samar.

Tidak ada pemindahan yang diarahkan, tetapi pihak berkuasa berkata mereka mungkin dipindah sekiranya ribut, dengan angin kencang mencecah 140 kilometer sejam, melanda pulau perladangan Samar yang menjadi tempat tinggal kepada 1.5 juta penduduk. Ribut sedang bergerak barat-barat laut di Lautan Pasifik hari ini.

Bungkusan makanan dan barangan kecemasan lain disimpan di kawasan yang diramalkan terjejas oleh Melor dan tentera diarah bersedia untuk memindah orang jika perlu.

Hujan lebat, banjir dan runtuhan tanah diramalkan di kawasan dalam jarak 150 kilometer dari pusat ribut di antara Isnin dan Rabu.

Seorang kanak-kanak memasang pukat di sebuah kampung di kawasan tepi pantai di bandar Malabon, bahagian timur Manila, yang dilanda Ribut Tropika Melor. – Agensi
Seorang kanak-kanak memasang pukat di sebuah kampung di kawasan tepi pantai di bandar Malabon, bahagian timur Manila, yang dilanda Ribut Tropika Melor. – Agensi

Melor dijangka bergerak di pulau Samar, Masbate, Marinduque dan Mindoro sebelum menuju ke Laut China Selatan berhampiran Manila pada awal Rabu.

Ombak besar juga menimbulkan risiko di sesetengah kawasan, kata Pama, pengarah eksekutif Maklis Pembasmian dan Pengurusan Risiko Bencana Negara.

Satu ribut tropika menjadi taufan apabila angin maksimum adalah lebih kencang daripada 120 kilometer, menurut perkhidmatan cuaca negeri. Melor mempunyai angin maksimum 110 kilometer sejam pada pagi ini.

Filipina dilanda oleh kira-kira 20 taufan atau ribut setahun, kebanyakan mereka membawa maut.

Taufan Haiyan, yang paling kuat pernah mendarat, memusnahkan bandar tengah Tacloban dan bandar berhampiran pada 2013 dan meninggalkan lebih daripada 7,350 orang terbunuh atau hilang.