‘Melor’ mengganas, 750,000 kena pindah

‘Melor’ mengganas, 750,000 kena pindah

MANILA, 14 Dis (Reuters)– Beratus-ratus ribu orang dipindahkan dari bahagian tengah Manila hari ini tatkala taufan serta angin dengan kelajuan 150 kilometer sejam mendarat, membawa hujan lebat yang mungkin mengakibatkan banjir, runtuhan tanah dan ribut, pihak berkuasa mengingatkan.

Kira-kira 40 penerbangan tempatan tidak dibenarkan terbang, sementara 73 feri dan beratus-ratus bot nelayan diarahkan supaya tinggal di pelabuhan tatkala taufan Melor melanda kampung Batag di utara pulau Samar.

Dikenali masyarakat setempat sebagai taufan Nona, ia dijangka bergerak ke pulau berhampiran sebelum mendarat pada lewat hari ini berhampiran dengan Sorsogon, kira-kira 385km dari tenggara ibu negara Manila, di pulau utama Luzon.   Melor sedang menggunakan haluan yang sama dengan Haiyan, taufan kategori 5 yang melanda bahagian tengah Filipina pada 2013. Hampir 8,000 orang terbunuh atau hilang akibat Haiyan.

Barisan panjang kenderaan berat yang terkandas terpaksa menunggu di luar pelabuhan di bandar Batangas, di selatan Manila pada 14 Disember 2015, selepas perkhidmatan feri dibatalkan akibat taufan Melor. – Reuters
Barisan panjang kenderaan berat yang terkandas terpaksa menunggu di luar pelabuhan di bandar Batangas, di selatan Manila pada 14 Disember 2015, selepas perkhidmatan feri dibatalkan akibat taufan Melor. – Reuters

Pihak berkuasa bencana telah menutup sekolah dan beberapa pejabat buat sementara waktu dan memindahkan kira-kira 750,000 orang di tiga wilayah. Kira-kira 8,000 orang terkandas selepas pengawal pantai menghalang feri dan bot nelayan daripada meninggalkan pelabuhan di tengah Filipina.

“Melor adalah taufan yang amat padat, maka ia akan menghalang kesan paling teruknya daripada berlarutan terlalu jauh daripada pusatnya,” kata ahli kaji cuaca AccuWeather Adam Douty.

Beliau berkata taufan telah menjadi lemah tatkala ia menghadapi udara yang lebih kering pada hari ini. “Sementara Melor tidak akan bergerak ke kawasan pedalaman sebagai taufan amat kuat seperti yang dikhuatiri, ia masin menimbulkan ancaman kepada nyawa dan harta,” kata Douty.

ARTIKEL YANG SAMA