Meluangkan masa bersama warga emas

Meluangkan masa bersama warga emas

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

SERIA, 23 Feb – Rombongan Kelab Rotary Belait telah membuat kunjungan ke Rumah Orang-orang Tua di pekan ini bersempena Sambutan Tahun Baru Cina dan juga untuk memeriahkan lagi Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-32 tahun, hari ini.

Lebih 20 orang ahli dengan diketuai Presiden Kelab Rotary cawangan Belait, Dayang Helen Tang telah meluangkan waktu cuti awam hari ini, mengunjungi warga rumah berkenaan, selain turut menyumbangkan cenderahati berbentuk Paket Merah (Ang Pow) dan sebagainya.

Program mereka yang turut mengunjungi warga emas yang buta, Awang Thien Siew, 68, di Labi itu juga bersempena ulang tahun penubuhan kelab tersebut yang kini genap 11 tahun usianya setelah ditubuhkan pada 23 Februari 2005.

Dayang Helen Tang dan ahli-ahli kelab tersebut semasa kunjungan ke kediaman warga emas Thien Siew kelmarin.
Dayang Helen Tang dan ahli-ahli kelab tersebut semasa kunjungan ke kediaman warga emas Thien Siew kelmarin.
Rombongan Kelab Rotary Belait bergambar ramai semasa kunjungan ke Rumah Orang-orang Tua di Pekan Seria.
Rombongan Kelab Rotary Belait bergambar ramai semasa kunjungan ke Rumah Orang-orang Tua di Pekan Seria.

Kunjungan ke Labi juga sebagai rutin meninjau projek Solar yang mereka laksanakan di sana, selain melakukan kerja kemasyarakatan membersihkan dan mengemas rumah warga emas tersebut di kampung itu.

Program itu juga bertujuan untuk membantu meringankan beban masyarakat yang memerlukan dan sebagai tanda keprihatinan kepada kalangan warga emas di negara ini.

ARTIKEL YANG SAMA