Memahami aspek keselamatan

Memahami aspek keselamatan

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 1 Sept – Lebih 40 orang dalam kalangan pelajar HNTEC Kejuruteraan Loji, dari IBTE Kampus Jefri Bolkiah telah menyertai latihan singkat di Syarikat Suasana Mentari Engineering Services Sdn Bhd (SMES), hari ini.

Latihan tersebut antara lain bertujuan untuk menambah pengetahuan para pelajar berkenaan tentang aspek keselamatan secara umumnya apabila berurusan dalam industri injap, selain mempelajari tentang pembinaan, prinsip kerja dan aplikasi ke atas pelbagai industri injap.

Selain itu juga untuk mengetahui mengenai dengan penyelenggaraan, pemeriksaan serta ujian prosedur tekanan serta pendedahan kepada industri minyak dan gas.

Sepanjang latihan itu, ia telah dikendalikan oleh Konsultan Teknikal Syarikat SMES, Derrick Tang.

Semasa ditemui media, Derrick Tang menjelaskan, sepanjang latihan singkat di syarikat itu, para pelajar didedahkan kepada pengetahuan tentang industri injap dan piawaiannya serta penyelenggaraan ke atas industri tersebut.

Pelajar-pelajar HNTEC Kejuruteraan Loji, dari IBTE Kampus Jefri Bolkiah, semasa dibawa meninjau ke kawasan bengkel pemuliharaan Injap Syarikat SMES Sdn Bhd.
Pelajar-pelajar HNTEC Kejuruteraan Loji, dari IBTE Kampus Jefri Bolkiah, semasa dibawa meninjau ke kawasan bengkel pemuliharaan Injap Syarikat SMES Sdn Bhd.

Menurutnya, SMES telah melaksanakan banyak latihan seperti itu atas permintaan pihak sekolah-sekolah teknikal dan juga Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP) sebelum ini.

Tambah beliau lagi, ia merupakan salah satu daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat mereka, untuk turut serta memberikan kerjasama dalam meningkatkan pengetahuan dan pengalaman kalangan pelajar di negara ini.

Pelajar tersebut telah dibahagikan kepada dua kumpulan bagi menyertai latihan pada sesi pagi dan sesi petang, di mana sepanjang latihan mereka turut dibawa melawat ke bahagian tapak industri, selain bengkel pemuliharaan injap syarikat tersebut, serta menghadiri taklimat mengenai industri berkenaan dengan injap.

ARTIKEL YANG SAMA