Memahami awan...

Memahami awan

Perutusan Setiausaha Agung Pertubuhan Kajicuaca Sedunia, Petteri Taalas sempena Sempena Hari Kajicuaca Sedunia 2017

MENURUT Setiausaha Agung Pertubuhan Kajicuaca Sedunia, Petteri Taalas bahawa sepanjang berabad lamanya, beberapa fenomena alam semula jadi yang telah mencetuskan pelbagai inspirasi, bagi saintifik dan kesenian, seperti juga awan.

Lebih daripada dua ribu tahun yang lalu, Aristotle melakukan kajian mengenai awan dan menuliskannya di dalam buku kerjanya mengenai peranan awan di dalam kitaran hidrologi. Namun Luke Howard, seorang ahli kajicuaca amatur dari England pada awal abad ke-19, yang sebenarnya telah menghasilkan klasifikasi awan yang pertama.

Berdasarkan rekod-rekod cuacanya yang komprehensif di kawasan London dari tahun 1801 hingga 1841, Howard telah pun mengenal pasti tiga genera (atau kategori) utama mengenai awan, iaitu awan kumulus, awan stratus dan awan sirus.

Dalam kajian cuaca dan iklim, perkara yang tetap menjadi kritikal adalah mengenalpasti, menghuraikan dan menamakan awan-awan.

Petteri Taalas.
Petteri Taalas.

Ahli sains kini memahami bahawa awan memainkan tugas yang utama dalam mengawal keseimbangan tenaga bumi, iklim dan cuaca. Ia membantu dalam menggerakkan kitaran air dan seluruh sistem iklim.

Memahami awan adalah penting bagi meramal keadaan cuaca, menghasilkan model bagi kesan-kesan perubahan iklim di masa hadapan dan menjangkakan ketersediaan sumber air.

Muzik, Seni dan Syair

Simbolisme awan telah memberikan inspirasi kepada ahli-ahli seni di serata dunia termasuk penyair, pemuzik, jurugambar dan juga para penggemar lainnya. Kita ambil satu contoh sahaja, iaitu orkestra pertama Nokturne oleh Debussy, bertajuk Nuages (awan) ialah salah satu karya agung bagi impresionisme muzikal.

Jurugambar, terutamanya, turut terpesona dengan awan, termasuk mereka yang telah dengan penuh semangat menyumbang kepada kalendar WMO 2017, menggambarkan tema Hari Kajicuaca Sedunia pada tahun ini iaitu “Memahami Awan”.

Awan juga telah terpatri pada simbol budaya dan cara pemikiran. Di Negara Cina, “auspicious clouds” melambangkan angkasa dan nasib yang baik. Di dalam sesetengah bahasa pula, seseorang yang berkata “she has her head in the clouds” menandakan bahawa orang tersebut hanyut di dalam mimpi atau idea yang hebat.

Di dalam dunia moden, “the cloud” kini merujuk kepada ruang tanpa bentuk yang mengandungi, bukannya hujan, tetapi sumber-sumber internet dan data digital.

Melangkah ke arah digital: Atlas bagi Zaman Internet

The International Cloud Atlas ialah rujukan tunggal yang paling berwibawa dan komprehensif bagi mengenal pasti awan. Ia memiliki reputasi tinggi di kalangan penggemar awan. Atlas yang sedia ada ini mula diterbitkan pada lewat abad ke 19.

Ia mengandungi manual standard yang terperinci dan banyak gambar awan serta fenomena cuaca yang tertentu.

Setelah semakan terakhir pada 30 tahun yang lepas, edisi kemas kini dan semak semula sepenuhnya International Cloud Atlas ini akhirnya akan dilancarkan sempena Hari Kajicuaca Sedunia pada 23 Mac 2017.

Buat julung kalinya, edisi tahun 2017 ini secara asasnya akan menjadi produk digital atas talian. Edisi ini memberikan ratusan gambar awan yang bernilai, termasuk beberapa klasifikasi awan seperti volutus, awan putar, contrail iaitu jejak wap yang kadang-kala terhasil oleh kapal terbang, dan juga asperitas iaitu awan beralun.

Sebagai tambahan, Atlas ini turut mengandungi informasi yang penting mengenai fenomena cuaca yang lain, seperti pelangi, halo, snow devils dan ketulan hujan batu.

Kemajuan dalam bidang sains, teknologi dan fotografi mendorong WMO untuk memikul tugas dengan semangat yang tinggi dan sedaya upaya membuat semakan dan kemas kini Atlas dengan gambar-gambar yang telah disumbangkan oleh ahli-ahli kajicuaca, pemerhati awan dan jurugambar.

Atlas ini juga berperanan sebagai alat latihan yang diperlukan oleh ahli-ahli profesional yang bertugas dalam syarikat dan perkhidmatan meteorologi serta sektor penerbangan dan perkapalan.

Memahami fenomena cuaca dan iklim untuk melindungi nyawa dan harta benda dan membantu masyarakat untuk menjadi lebih berdaya tahan merupakan misi asas WMO.

Kami akan terus mendokong kerajaan dalam menyediakan perkhidmatan cuaca, iklim, hidrologi, marin dan alam sekitar dengan sebaik mungkin, demi melindungi nyawa dan harta benda serta membantu dalam membuat keputusan.