Memahami budaya berbeza

Memahami budaya berbeza

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Okt – Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam (Pusat Ehsan) dengan kerjasama Universiti Brunei Darussalam (UBD), hari ini, telah mengadakan Persembahan Fesyen, Budaya dan Makanan Antarabangsa yang disertai oleh pelajar-pelajar pusat tersebut di Dewan Pusat Ehsan, Bengkurong.Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemegang Amanah Eksekutif Pusat Ehsan, Pengiran Datin Hajah Noraini binti Pengiran Dipa Negara Laila Diraja Pengiran Haji Abdul Momin dan Pemegang Amanah Perancangan dan Dasar Pusat Ehsan, Haji Ahmad bin Haji Abdul Rahman.

Haji Ahmad dalam ucapan alu-aluannya melahirkan perasaan gembira dan terima kasih atas kerjasama dan sokongan yang telah diberikan oleh pelajar-pelajar UBD dalam sama-sama menjayakan majlis itu.

Majlis ini juga bertujuan untuk melibatkan diri para pelajar dalam memahami dan menghormati adat-adat budaya yang berbeza di luar negara.

Persembahan Peragaan Pakaian Antarabangsa daripada pelajar Pusat Ehsan.
Persembahan Peragaan Pakaian Antarabangsa daripada pelajar Pusat Ehsan.
Antara yang hadir di majlis tersebut.
Antara yang hadir di majlis tersebut.

Antara aktiviti yang menyerikan acara berkenaan termasuk persembahan peragaan pakaian antarabangsa, persembahan majlis persandingan antarabangsa, permainan merebut kerusi mengikut muzik, permainan tradisi ‘Ddakji’ dari Korea dan banyak lagi.

Pusat Ehsan merupakan sebuah badan kebajikan bukan kerajaan dan tidak berasaskan keuntungan dengan menyediakan pembelajaran khas, latihan, pemedulian dan perkhidmatan pemulihan anggota badan kepada insan-insan istimewa (kurang upaya atau berkeperluan khas) di negara ini.

ARTIKEL YANG SAMA