Memahami kerja kajian manuskrip

Memahami kerja kajian manuskrip

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Ogos – Kira-kira 40 orang mahasiswa dan mahasiswi Universiti Brunei Darussalam berpeluang melihat dengan lebih dekat dan memahami mengenai kerja-kerja kajian manuskrip semasa lawatan sambil belajar mereka ke Pusat Pengajian Borneo (PenBORNEO), Pusat Sejarah Brunei, hari ini.

Mahasiswa dan mahasiswi yang mengambil jurusan modul Kajian Manuskrip diberikan penerangan dan taklimat mengenai dengan PenBORNEO serta koleksi manuskrip yang ada oleh Pegawai Sejarah, Pusat Sejarah Brunei, Dayang Mardiah binti Haji Ramli.

Semasa lawatan itu, para mahasiswa dan mahasiswi juga berpeluang untuk menyaksikan pameran koleksi manuskrip di mana pada masa ini, PenBORNEO mempunyai sebanyak 271 naskhah manuskrip yang disimpan di pusat berkenaan yang sebilangan besar daripadanya berupa salinan dan hanya 37 naskhah manuskrip adalah yang asli.

Dayang Mardiah memberikan penerangan kepada para mahasiswa dan mahasiswi semasa lawatan berkenaan.
Dayang Mardiah memberikan penerangan kepada para mahasiswa dan mahasiswi semasa lawatan berkenaan.
Para siswa dan siswi memberikan tumpuan kepada penerangan yang diberikan oleh Dayang Mardiah semasa sesi taklimat itu.
Para siswa dan siswi memberikan tumpuan kepada penerangan yang diberikan oleh Dayang Mardiah semasa sesi taklimat itu.

Manuskrip-manuskrip yang disimpan berupa pelbagai jenis antaranya salasilah, hikayat, syair, kitab, perjanjian, perundangan, khutbah, perubatan, adat istiadat dan keagamaan.

Menerusi lawatan itu, para siswa dan siswi diberikan pendedahan bukan sahaja kepada pelbagai jenis manuskrip yang terdapat di pusat berkenaan tetapi mereka berpeluang untuk mengetahui secara lebih mendalam tugas, peranan dan fungsi kajian manuskrip.

ARTIKEL YANG SAMA