Memahami pengendalian loji BMC

Memahami pengendalian loji BMC

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

SERIA, 17 Mac – Seramai 29 orang pelajar berserta dua orang tenaga pengajar bahagian HNTec dan Loji Kejuruteraan, Maktab Kejuruteraan Jefri Bolkiah (MKJB) telah membuat lawatan ke Syarikat Brunei Methanol Sendirian Berhad (BMC), hari ini, di sini.

Lawatan sambil belajar itu, bertujuan untuk menambahkan kefahaman yang lebih mendalam dalam modul Proses Peralatan Loji berkaitan dengan dandang stim dan peralatan tambahan dandang stim.

Dalam lawatan tersebut, rombongan MKJB telah diberikan taklimat keselamatan sebelum memasuki kawasan loji yang disampaikan oleh Inspektor Keselamatan BMC, Awang Mohd Amirrul bin Ismail.

Rombongan pelajar MKJB membuat lawatan sambil belajar ke Syarikat Brunei Methanol (BMC).
Rombongan pelajar MKJB membuat lawatan sambil belajar ke Syarikat Brunei Methanol (BMC).

Rombongan kemudiannya dibahagikan kepada dua kumpulan diketuai oleh Pengajar Operasi Latihan BMC, Awang Asnawi bin Haji Mohamad dan Operasi Kejuruteraan BMC, Awang Ahmad Nizam bin Muhaimin, Dayang Fatin Nadiah binti Haji Mohd Jamil dan Awang Mohd Izzuddin bin Haji Ibrahim.

Selepas lawatan di kawasan loji, rombongan pelawat turut diberikan peluang untuk menambah lagi pengetahuan dan kefahaman mereka melalui sesi soal jawab. Acara lawatan kemudian diakhiri dengan sesi bergambar ramai.

ARTIKEL YANG SAMA