Memahami peranan seorang kaunselor

Memahami peranan seorang kaunselor

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Okt – Seramai 43 orang mahasiswa dan mahasiswi daripada Kursus Bimbingan dan Kaunseling Islam, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), baru-baru ini, telah menyertai lawatan sambil belajar ke Pusat Kaunseling, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

Ketibaan para rombongan yang diketuai oleh Pensyarah Fakulti Pendidikan, KUPU SB, Awang Ali Hardi bin Haji Mohamad, dialu-alukan oleh Ketua Pusat Kaunseling ABDB, Mejar Iswandy bin Murni.

Adapun tujuan lawatan tersebut adalah untuk memberi pendedahan kepada siswa dan siswi berkaitan profesion kaunseling di samping memberikan pendedahan berkaitan perkhidmatan kaunseling di sektor kerajaan.

Selain itu juga para pelajar juga mendapatkan maklumat terhadap fungsi dan peranan menjadi kaunselor, di samping dapat membantu untuk menarik minat pelajar terhadap kerjaya kaunselor.

Antara mahasiswa dan mahasiswi daripada Kursus Bimbingan dan Kaunseling Islam, KUPU SB yang ikut serta dalam lawatan itu.
Antara mahasiswa dan mahasiswi daripada Kursus Bimbingan dan Kaunseling Islam, KUPU SB yang ikut serta dalam lawatan itu.
Rombongan KUPU SB bergambar ramai bersama para anggota Pusat Kaunseling, ABDB.
Rombongan KUPU SB bergambar ramai bersama para anggota Pusat Kaunseling, ABDB.

ARTIKEL YANG SAMA