Memajukan sukan ping pong negara

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Khairil Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Mei – Beberapa perlawanan akhir ping pong berlangsung hari ini anjuran Persatuan Ping Pong Brunei Darussalam yang berlangsung di Kompleks Sukan Menglait,Gadong.

Dalam perlawanan akhir tersebut, Mohd Hanifah Haji Bungsu tampil juara dalam Kategori Perseorangan apabila mengalahkan Pengiran Mohd Sufian bin Pengiran Haji Ibrahim dengan mata 4-3 dan tampil di tempat ketiga bersama ialah Wee Tzu Min dan Zulfadli.

Dalam acara regu pula pasangan Samuel Revales dan Zulfadli tampi juara apabila menumpaskan pasangan Paul Lim dan Mohd Arib dengan mata 4-1 meninggalkan pasangan WeebTzu Min dan Douglas Lim serta pasangan Awangku Sufi dan Awangku Rasheed yang akur ditempat ketiga bersama.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada barisan pemenang ialah Ketua Kampung Wasan, Haji Mohaimin bin Haji Johari @ Jahari.

Penyampaian hadiah di akhir majlis turut menyaksikan barisan pemain yang berjaya meraih kemenangan di dalam kejohanan Ping Pong Dato Sri Goh Sin Han JP di Labuan baru-baru ini.

Barisan pemenang di akhir majlis itu.
Barisan pemenang di akhir majlis itu.