Memandu tanpa lesen khas boleh dipenjarakan

Memandu tanpa lesen khas boleh dipenjarakan

MUNICH, 28 Dis – Kebanyakan negara mengehendaki para pengunjungnya memiliki lesen pemandu antarabangsa untuk menggunakan kereta sewa tempatan. Sekiranya anda fikir memandu dengan menggunakan lesen biasa anda dari negara asal adalah sudah cukup, maka anda silap dan boleh dipenjarakan, menurut kelab automobil Jerman, ADAC.

Contohnya, peraturan ketat itu telah dikenakan di Mesir. Begitu juga pasukan polis di kebanyakan negara di Amerika Syarikat tidak akan menerima lesen dalam bahasa asing. Untuk memandu di Jepun, anda perlu menterjemahkan lesen memandu asal anda ke dalam bahasa Jepun.

ADAC juga merekomenkan bahawa jika anda hilang lesen anda semasa dalam percutian luar negeri, anda seharusnya mendaftarkan kehilangan itu dengan polis tempatan sebelum memandu kenderaan. Jika tidak, pegawai polis peronda mungkin berpendapat yang anda tidak memiliki sebarang lesen jika anda tidak melaporkannya. – dpa