Membeli-belah secara percuma

Membeli-belah secara percuma

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Okt – Seramai 12 orang pemegang Kad Debit Baiduri UnionPay, hari ini, diberi peluang membeli-belah barangan berjumlah sehingga $150 dalam tempoh 30 minit secara percuma di Pasaraya Hua Ho Kiulap, di sini, apabila dipilih sebagai pemenang promosi beli-belah menggunakan Kad Debit Baiduri UnionPay.

Para pemenang berkenaan ialah Dayang Nur Faezah Zhang, Khoo Kow Mooi, Awang Muhd Waqiyuddin bin Haji Abdul, Dayang Nursyaza Kepli, Dayang Norlelawati Abdullah Yun, Tan Boon Kee, Michelle Sim Soon Hui, Chong Lu Ing, Dr. Sylvester Andrew Shim, Eeriwarawe Ranasinghe Hewage, Dayang Radziah Abdullah dan Dayang Saffa Huda Abdullah.

Turut hadir menyaksikan majlis itu ialah Ketua Perbankan Runcit dan Rangkaian Cawangan Baiduri, Pengiran Azaleen bin Pengiran Dato Haji Mustapha.

Kempen yang berlangsung selama tiga bulan dari 25 September hingga 13 Disember ini melibatkan pasar raya-pasar raya utama termasuk Hua Ho Kiulap, Soon Lee, Jaya Hypermart, Supa Save, Sim Kim Huat, Freshco, First Emporium dan Utama Grand.

Gambar ramai pemenang bersama tetamu kehormat dan sukarelawan Bank Baiduri.
Gambar ramai pemenang bersama tetamu kehormat dan sukarelawan Bank Baiduri.
Salah seorang pemenang bersama barang beliannya hari ini.
Salah seorang pemenang bersama barang beliannya hari ini.
Para pemenang membuat pembelian terhad selama 30 minit di Pasaraya Hua Ho Kiulap hari ini.
Para pemenang membuat pembelian terhad selama 30 minit di Pasaraya Hua Ho Kiulap hari ini.

ARTIKEL YANG SAMA