Memberiga proses perdagangan

Memberiga proses perdagangan

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 14 Sept – Bagi memberigakan dan memberikan maklumat kepada orang ramai dalam memudah cara perdagangan, Kementerian Kewangan hari ini telah mengadakan jerayawara mengenainya bagi peringkat Daerah Tutong, di Dewan Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Tutong.

Pada jerayawara itu, beberapa taklimat ringkas telah disampaikan oleh para pegawai dan wakil-wakil agensi yang terlibat di bawah Kementerian Kewangan seperti Jabatan Perbendaharaan, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Tabung Amanah Pekerja, Bahagian Hasil dan Bahagian Pendaftaran Syarikat-syarikat dan Nama-nama Perniagaan, dan beberapa agensi-agensi berkepentingan seperti Unit Ease of Doing Business di Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Jabatan Pelabuhan, Jabatan Perkhidmatan Pos dan Darussalam Enterprise (DARE).

Hadir semasa jerayawara itu ialah Setiausaha Tetap (Prestasi) di Kementerian Kewangan, Awang Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman dan Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Prestasi dan Compliance) Kementerian Kewangan, Dayang Norliah binti Haji Kula.

Turut hadir ialah Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Haji Adnan bin Haji Adam bersama penghulu-penghulu mukim dan ketua kampung, dan beberapa pengusaha di Daerah Tutong.

Antara yang hadir mendengarkan taklimat semasa jerayawara yang dijalankan di Dewan Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Tutong.
Antara yang hadir mendengarkan taklimat semasa jerayawara yang dijalankan di Dewan Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Tutong.
Antara taklimat ringkas yang disampaikan oleh wakil daripada agensi yang terlibat di bawah Kementerian Kewangan.
Antara taklimat ringkas yang disampaikan oleh wakil daripada agensi yang terlibat di bawah Kementerian Kewangan.
Jabatan Kastam dan Eksais Diraja turut menyertai jerayawara berkenaan.
Jabatan Kastam dan Eksais Diraja turut menyertai jerayawara berkenaan.
Para pengunjung jerayawara juga berpeluang untuk mendapatkan maklumat lanjut dan penerangan lebih terperinci daripada agensi-agensi yang terlibat.
Para pengunjung jerayawara juga berpeluang untuk mendapatkan maklumat lanjut dan penerangan lebih terperinci daripada agensi-agensi yang terlibat.

Adapun objektif jerayawara itu diadakan adalah untuk memberigakan dan memberikan maklumat mengenai inisiatif-inisiatif yang dibuat oleh Kementerian Kewangan dalam memudah cara perdagangan antaranya berkaitan dalam perdagangan merentas sempadan, peruntukan undang-undang untuk memberikan perlindungan pemegang-pemegang saham minoriti, perubahan-perubahan berkaitan pembayaran cukai, proses penyelesaian bagi syarikat-syarikat yang melalui ketidaksolvenan dan peraturan bagi memudahkan proses untuk memulakan perniagaan.

Pengunjung-pengunjung jerayawara juga berpeluang untuk mendapatkan maklumat lanjut dan penerangan lebih terperinci mengenai perkhidmatan dan usaha-usaha pembaikan bagi memudahcara perdagangan yang telah dibuat oleh Kementerian Kewangan dan agensi-agensi yang ikut serta dalam jerayawara itu.

ARTIKEL YANG SAMA