Membiasakan p...

Membiasakan penuntut dengan sekolah sendiri

Oleh Pg Hjh Nazhatul Shima Pg Hj Tajuddin

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Jan – Sekolah Menengah Lambak Kiri (SMLK) semalam mengadakan Program Kenali Sekolahku bagi mengalu-alukan kemasukan penuntut baru Tahun 7 sesi 2017.

Turut hadir ialah Guru Besar SMLK, Hajah Sharifah binti Haji Matsawali yang menyampaikan ucapan alu-aluan.

Antara aktiviti Program Kenali Sekolahku adalah pendaftaran kelas, perhimpunan pagi, taklimat bahagian disiplin sekolah (taklimat aktiviti buli), ikrar penuntut, taklimat aktiviti kokurikulum dan sistem merit serta demerit.

Semasa majlis tersebut para penuntut baru juga mendengarkan taklimat dari bahagian akademik dan peperiksaan, kewangan, kebajikan dan taklimat daripada Ketua-ketua Jabatan Pengajian Sosial, Bahasa Mandarin, Bahasa Arab, Geografi dan lain-lain.

Ketika proses pendaftaran murid baru Tahun 7 bersama ibu bapa.
Ketika proses pendaftaran murid baru Tahun 7 bersama ibu bapa.

Program berkenaan bertujuan untuk mendedahkan penuntut baru serta ibu bapa mereka akan selok-belok pembelajaran yang akan dihadapi, disiplin sekolah, suai kenal antara guru-guru, ibu bapa dan dengan penuntut baru yang sememangnya datang dari pelbagai sekolah rendah sebelum ini serta membiasakan penuntut baru Tahun 7 dengan persekitaran sekolah yang mesra dan ceria.

Dengan adanya aktiviti seperti ini ia akan dapat memberikan semangat kepada para penuntut untuk lebih cemerlang dalam subjek wajib mereka dan juga dalam apa jua bidang pembelajaran yang dipilih.

Majlis orientasi dan kemasukan pelajar baru berkenaan juga melibatkan penglibatan ibu bapa penuntut.

ARTIKEL YANG SAMA