Membudayakan masyarakat tentang kebersihan

Membudayakan masyarakat tentang kebersihan

Oleh Noorhamizan Haji Mohd Mosbi

 

TEMBURONG, 9 Nov – Jabatan Daerah Temburong dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan yang lain, pagi tadi, telah menjalankan kempen kebersihan di kawasan Kedai Rakyat Jati Bumiputera, Kompleks Utama Bumiputera dan Kedai Pekan Bangar.

Antara agensi kerajaan yang terlibat adalah Pasukan Polis Diraja Brunei, Operasi ‘G’, Jabatan Bomba dan Penyelamat Cawangan Temburong, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe) dan Jabatan Perkhidmatan Kesihatan, di samping ahli-ahli majlis perundingan mukim dan kampung di bawah tadahan Mukim Bangar, para peniaga dan agensi-agensi yang berkenaan.

Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk membudayakan masyarakat di daerah ini tentang kepentingan kebersihan di sekeliling mereka yang merupakan tanggungjawab sebagai individu ataupun masyarakat di Daerah Temburong.

Di samping itu juga, ia adalah salah satu rancangan kerja tahunan Jabatan Daerah Temburong yang mana, kempen ini telah diungkayahkan sepanjang tahun bukan sahaja di kawasan bangunan-bangunan kerajaan malahan di mukim-mukim dan kampung dalam sama-sama menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai negara yang bersih dan selesa.

Antara para majikan, peniaga dan pekerja swasta yang mengambil bahagian dalam kempen kebersihan di kawasan Pekan Bangar.
Antara para majikan, peniaga dan pekerja swasta yang mengambil bahagian dalam kempen kebersihan di kawasan Pekan Bangar.

ARTIKEL YANG SAMA