Membuka kod iPhone ‘tidak baik bagi Amerika’

Membuka kod iPhone ‘tidak baik bagi Amerika’

SAN FRANCISCO, 25 Feb (AFP) – Ketua Apple, Tim Cook membuat pendedahan semalam dalam pertelingkahannya dengan FBI, dengan mengatakan bahawa membuka kod sebuah telefon iPhone atas usaha memerangi keganasan adalah ‘tidak baik bagi Amerika’.

Dia menyamakan kod yang mampu mencerobohi iPhone dengan ‘perisian yang sama dengan barah’ yang seharusnya tidak pernah didedahkan kepada dunia.

“Ini bukan tentang telefon ini,” Cook berkata ketika temu bual televisyen dengan ABC News.

“Ini adalah tentang masa depan. Ia adalah pertama kalinya yang seharusnya tidak dilakukan di negara ini atau di mana-mana negara.”

Apple bertelingkah dengan kerajaan AS berhubung membuka kod peranti dalam sekurang-kurangnya 10 kes selain dari pertelingkahan yang begitu ditonjolkan yang melibatkan iPhone milik salah seorang penyerang di San Bernardino, dokumen mahkamah menunjukkan.

Para penunjuk perasaan yang membantah pihak FBI untuk tidak membuka kod telefon pintar iPhone. – AFP
Para penunjuk perasaan yang membantah pihak FBI untuk tidak membuka kod telefon pintar iPhone. – AFP

Apple bertelingkah dengan kerajaan di mahkamah dalam kes San Bernardino, yang mana FBI mahu syarikat itu membantu menggodam iPhone miliki Syed Farook, seorang warga AS, yang bersama isterinya, Tashfeen Malik, warga Pakistan telah menembak mati 14 orang di bandar California pada Disember.

Apabila ditanya apa yang dirasakannya tentang Apple mengambil pendirian dengan peluang maklumat pada iPhone milik Farook yang mungkin mencegah satu lagi serangan pengganas. Cook memberi respons: “Sesetengah perkara sukar dan sesetengah perkara adalah betul. Dan sesetengah perkara adalah kedua-duanya. Ini adalah salah satu dari perkara itu.”

Cook menegaskan bahawa bahaya pasti mencipta cara untuk menggodam pengekodan iPhone melebihi kebimbangan tentang ‘sesuatu mungkin di sana’, dengan menambah kata dia merasa Apple membuat pilihan betul.

Apple diminta untuk mencipta perisian yang dipercayai oleh syarikat itu akan menjadikan beratus-ratus juta iPhone di seluruh dunia terdedah pada bahaya, menurut Cook lagi.

Satu-satunya cara Apple mengetahui untuk mendapatkan lebih banyak maklumat dari iPhone milik Farook ialah ‘membentuk satu perisian yang kita anggap sebagai perisian yang sama dengan barah, dan kami berpendapat itu adalah berita tidak baik untuk ditulis,” kata Cook lagi.

ARTIKEL YANG SAMA