Memeduli keperluan kanak-kanak SMARTER

Memeduli keperluan kanak-kanak SMARTER

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Sept – Great Eastern Life Brunei (GELB), hari ini, membawa keriangan dan kegembiraan kepada anak-anak istimewa SMARTER Brunei dengan mendermakan sebuah kolam renang dan kawasan permainan kanak-kanak.

Penyerahan sumbangan berkenaan telah diadakan di pusat SMARTER, Kampung Mata-Mata yang diselajurkan dengan perasmian kawasan permainan dan kolam renang tersebut.

Hadir di majlis itu ialah Presiden SMARTER, Malai Abdullah bin Haji Othman, Ketua Pegawai Pengedaran Great Eastern Life, Ben Tan, Ketua GELB, Caroline Sim, pegawai dan kakitangan SMARTER dan GELB.

Sumbangan itu merupakan salah satu usaha untuk memberikan bantuan dan penghargaan kepada kanak-kanak istimewa di negara ini.

Selain daripada itu, penyerahan sumbangan itu juga bertujuan bagi meraikan ulang tahun Great Eastern Life ke-107 dan ulang tahun operasi GELB ke-40 tahun.

(Dari kanan) Caroline Sim, Malai Abdullah dan Ben Tan semasa membuka rasmi sebuah kolam renang dan kawasan permainan kanak-kanak SMARTER.
(Dari kanan) Caroline Sim, Malai Abdullah dan Ben Tan semasa membuka rasmi sebuah kolam renang dan kawasan permainan kanak-kanak SMARTER.

Malai Abdullah dalam ucapannya melahirkan perasaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan terhadap sumbangan yang telah diberikan pihak GELB itu.

Majlis menyaksikan Malai Abdullah dan wakil-wakil GELB memotong reben merasmikan kawasan permainan dan kolam renang serta menandatangani plak penghargaan serta memotong kek ulang tahun Great Eastern.

Kanak-kanak istimewa SMARTER juga dilihat gembira bermain di kolam renang dan permainan mereka yang baru itu.

ARTIKEL YANG SAMA