Memeduli mangsa kebakaran

Memeduli mangsa kebakaran

Oleh Siti Nur Wasimah S.

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Okt – Pegawai dan kakitangan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam hari ini telah menyerahkan sumbangan peribadi kepada penulis buku ‘Orchids of Brunei’, Dr. Idris M Said yang telah menjadi mangsa kebakaran baru-baru ini.

Hadir menyampaikan sumbangan yang telah berlangsung di kediaman Suruhanjaya Tinggi Malaysia, Jalan Kebangsaan pagi tadi ialah Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, Puan Haznah binti Mohd Hashim.

Dr. Idris M Said yang berasal dari Johor merupakan seorang ahli botani yang menerbitkan buku ‘Orchids of Brunei’ dengan kerjasama Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB) dan Heart of Borneo bagi memperkenalkan orkid liar Brunei.

Sumbangan itu bertujuan untuk memberikan bantuan kepada beliau daripada pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia di negara ini.

Puan Haznah semasa menyampaikan sumbangan kepada Dr. Idris M Said.
Puan Haznah semasa menyampaikan sumbangan kepada Dr. Idris M Said.
Dr. Idris M Said memberikan cenderahati terbitan beliau kepada Puan Haznah.
Dr. Idris M Said memberikan cenderahati terbitan beliau kepada Puan Haznah.

Melalui sumbangan itu, Dr. Idris M Said melahirkan perasaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan terhadap sumbangan yang diberikan oleh pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia di negara ini.

Beliau telah menetap di Negara Brunei Darussalam seawal tahun 1993.

ARTIKEL YANG SAMA