Memeriahkan sambutan Aidiladha, bantu golongan memerlukan

Memeriahkan sambutan Aidiladha, bantu golongan memerlukan

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Sept – Seramai 50 orang asnaf fakir miskin Kampung Batong, Panchor Murai, Parit dan Kulapis menerima daging korban pada majlis ibadah korban yang diadakan di Masjid Jefri Bolkiah, Kampung Batong.

Agihan daging korban itu telah disampaikan oleh Penghulu Mukim Pengkalan Batu, Haji Tahir bin Haji Tarip serta isteri bersama Ketua Kampung Batong, Haji Saban bin Lamat.

Empat ekor kerbau dan tiga ekor sapi telah dikorbankan atas sumbangan 28 individu pada majlis yang dihadiri oleh 100 penduduk Kampung Batong, anjuran Takmir Masjid Jefri Bolkiah, Kampung Batong dan ahli jawatankuasa majlis perundingan Kampung Batong.

Majlis itu diadakan adalah salah satu majlis keagamaan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha untuk meraikan golongan kurang berkemampuan di samping sebagai aktiviti tahunan Kampung Batong.

Haji Tahir ketika menyampaikan daging korban kepada para penerima.
Haji Tahir ketika menyampaikan daging korban kepada para penerima.

ARTIKEL YANG SAMA