Memilih Islam sebagai pegangan hidup

Memilih Islam sebagai pegangan hidup

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Okt – Seorang lelaki berbangsa Iban telah memilih agama Islam sebagai pegangan hidupnya dengan melafazkan Dua Kalimah Syahadah dalam majlis pengislamannya yang berlangsung di Perpindahan Kampung Mentiri, di sini.

Daily anak Umar, 31, yang bertugas sebagai APO, Polis Diraja Brunei telah memilih nama Islamnya sebagai Awang Muhammad Fairuz Ikwan bin Umar setelah melafazkan Dua Kalimah Syahadah yang disaksikan oleh pegawai-pegawai dari Unit Pengislaman dan Bimbingan Saudara Baru, Pusat Dakwah Islamiah di kediaman Dayang Rokiah binti Sahat.

Turut hadir ialah Pemangku Pesuruhjaya SAC, Muhd Irwan bin Haji Hanbali.

Majlis diserikan dengan Dikir Marhaban dan menabur bunga rampai kepada saudara baru yang diraikan.

Awang Muhammad Fairuz Ikwan ketika melafazkan Dua Kalimah Syahadah.
Awang Muhammad Fairuz Ikwan ketika melafazkan Dua Kalimah Syahadah.

Dengan berlangsungnya majlis pengislaman itu telah meningkatkan jumlah saudara baru dari semasa ke semasa di mana dari bulan Januari hingga September, Daerah Brunei dan Muara telah mencatatkan sebanyak 199 saudara baru manakala bagi seluruh negara seramai 380 orang.

Dalam pada itu, pengertian hijrah itu bukan saja bererti berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain, hijrah juga bermaksud penghijrahan dalam diri seseorang kepada yang lebih baik dengan mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T.

ARTIKEL YANG SAMA