Memohon berkat hadapi peperiksaan

Memohon berkat hadapi peperiksaan

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 14 Okt – Sebagai persediaan murid-murid untuk menghadapi peperiksaan, Majlis Perundingan Kampung Danau telah mengadakan Majlis Sembahyang Hajat dan Membaca Surah Yasin bagi Murid-murid Tahun 6 Sekolah Rendah Danau yang diadakan di Masjid Kampung Danau, di sini, semalam.

Majlis yang dianjurkan bersama oleh Persatuan Ibu bapa dan Guru-guru Sekolah Rendah Danau dan Takmir Masjid Kampung Danau itu turut diisikan dengan ceramah motivasi bertajuk ‘Menghadapi Peperiksaan’ yang disampaikan oleh Pengiran Haji Metassan bin Pengiran Bakar.

Antara lain tujuan majlis itu diadakan adalah bagi meningkatkan motivasi pelajar dan ibu bapa untuk memberikan sokongan padu kepada anak-anak mereka agar sentiasa bersemangat dalam menjawab jawapan peperiksaan itu nanti.

Di samping itu, ia adalah untuk memohon doa kepada Allah SWT agar murid-murid sekolah berkenaan berjaya dan dipermudahkan dalam mengikuti Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) pada bulan ini nanti dan berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang.

Pengiran Haji Metassan menyampaikan ceramah motivasi kepada murid-murid Tahun 6 Sekolah Rendah Danau, Tutong.
Pengiran Haji Metassan menyampaikan ceramah motivasi kepada murid-murid Tahun 6 Sekolah Rendah Danau, Tutong.

ARTIKEL YANG SAMA