Memperingati 70 tahun Raja Thailand naik takhta

Memperingati 70 tahun Raja Thailand naik takhta

BANGKOK, 9 Jun – Beratus-ratus orang sami yang mengenakan jubah berwarna jingga mengetuai upacara hari ini yang memperingati 70 tahun Raja Thailand, Bhumibol Adulyadej menaiki takhta selepas kemangkatan misteri kakandanya, ketika kegelisahan meningkat tentang kesihatan baginda yang uzur itu yang sudah pun berusia dalam lapan puluhan.

Raja berusia 88 tahun ini merupakan raja yang paling lama memerintah di dunia dan dilihat sebagai kekuatan padu dalam sebuah negara yang berpecah belah dalam aliran politik.

Tetapi baginda yang terus dirawat di hospital dan telah menjalani pembedahan jantung pada Selasa lalu, setelah berbulan-bulan menjalani rawatan bagi pelbagai masalah jantung – termasuklah cecair dalam otak.

Kesihatan baginda menjadi kebimbangan utama rakyat Thailand, yang begitu menghormati raja dan menganggap baginda tetap setia dalam negara yang bergolak yang telah menyaksikan beberapa rampasan kuasa dan berkali-kali keganasan politik yang mengakibatkan maut.

Imej Bhumibol telah digilap oleh ritual dan mesin publisiti yang menyaksikan potret besar diletakkan di jalan raya dan pengunjung panggung wayang diminta berdiri untuk lagu kebangsaan diraja.

Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha (tiga, kiri) menghadiri majlis memperingati ulang tahun ke-70 Raja Bhumibol Adulyadej menaiki takhta di Bangkok. – Xinhua
Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha (tiga, kiri) menghadiri majlis memperingati ulang tahun ke-70 Raja Bhumibol Adulyadej menaiki takhta di Bangkok. – Xinhua

Keluarga diraja ini juga dilindungi dari kritikan oleh undang-undang keras pemfitnahan diraja yang boleh membawa hukuman sehingga 15 tahun penjara bagi setiap tuduhan.

Baginda juga salah seorang paling terkaya di dunia, dengan hartanah berbilion-bilion dolar dan portfolio pelaburan.

Ratusan pemberi ucap selamat berhimpun di luar Istana Besar di Bangkok awal hari ini ketika barisan seramai 770 orang sami memulakan hari perayaan dengan upacara pemberian derma.

“Saya mahu memberikan pujian bagi raja untuk menggalakkan baginda supaya mempunyai kesihatan yang baik. Begitulah cara saya menunjukkan kesetiaan kepada baginda meskipun saya tidak boleh melihatnya, itu tidak mengapa,” kata seorang penduduk Bangkok berusia 68 tahun Chonmanee Smativat.

“Saya mahu baginda tahu bahawa kami semua menyayanginya.” – AFP