Memperingati penukaran nama Bandar Brunei

Memperingati penukaran nama Bandar Brunei

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Okt – Bersempena dengan Sambutan Memperingati Hari Ulang Tahun Penukaran Nama Bandar Brunei Kepada Bandar Seri Begawan Ke-45 bagi Tahun 1436H/2015M Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), hari ini, mengadakan Majlis Membaca Surah Yasin dan Tahlil bagi AI-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’aduI Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit pada petang hari Khamis di Kubah Makam Diraja.

Hadir pada majlis itu ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, setiausaha tetap dan timbalan-timbalan setiausaha tetap di KHEDN, Pengerusi Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan, para penghulu mukim dan ketua-ketua kampung kawasan Bandar Seri Begawan, pegawai dan kakitangan Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan serta KHEDN.

Yang Berhormat Pehin Haji Awang Badaruddin (tengah) selaku tetamu kehormat.
Yang Berhormat Pehin Haji Awang Badaruddin (tengah) selaku tetamu kehormat.
Suasana di majlis itu kelmarin.
Suasana di majlis itu kelmarin.

Majlis berkenaan merupakan acara tahunan untuk menyemarakkan majlis yang disambut bagi mengenang jasa Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien dalam memajukan dan memodenkan Negara Brunei Darussalam sekali gus menukar nama Bandar Brunei kepada Bandar Seri Begawan pada 4 Oktober 1970.

Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah sebelum diteruskan dengan bacaan Surah Yasin, Tahlil dan Doa Arwah yang turut disertai kira-kira 150 jemputan ke majlis berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA